selamat

selamat datang

Featured Posts


Selasa, 3 Julai 2012

Oleh: al-bahanj

"Apabila tiba bulan Sya`ban, ramai ummat Islam khususnya di Malaysia akan diberitahu oleh para imam dan ustadz-ustadz di masjid mengenai suatu hari yang dipanggil malam Nisfu Sya`ban. Yang mana beberapa kaifiat khusus biasanya diajar kepada masyarakat bagaimana menyambutnya. Mari kita baca apa nasihat dan pandangan ulama muktabar dunia Islam iaitu Prof Dr Yusuf al-Qaradawi mengenai sambutan Nisfu Sya`ban untuk sama-sama kita muhasabah mengenainya:

(1) Dr. Yusuf al-Qaradawi:

“Tidak pernah diriwayatkan daripada Nabi sallAllahu `alaihi wasallam dan para sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid pada untuk menghidupkan malam nisfu Sya`ban, membaca do`a tertentu dan solat tertentu seperti yang kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in). Ianya satu do`a yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan Sunnah) juga bercanggahan dan bertentang maknanya…perhimpunan (malam nisfu Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian negeri orang Islam adalah bid`ah dan diada-adakan. Sepatutnya kita melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bid`ah golongan selepas mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bid`ah, dan setiap yang bid`ah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka.”

(Dr. Yusuf al-Qaradawi, jilid 1, m.s. 382-383, cetakan: Dar Uli al-Nuha, Beirut)

(2) Dr. Yusuf al-Qaradawi:

“(Tentang malam Nisfu Sya’ban, tidak terdapat hadis-hadis yang sampai ke martabat sahih yang menyebut tentangnya, kecuali ia berada di martabat hasan di sisi sebahagian ulama, dan terdapat juga sebahagian ulama yang menolaknya dan mengatakan bahawa tidak terdapat sebarang hadis sahih tentang malam Nisfu Sya’ban, sekiranya kita berpegang bahawa hadis tersebut berada di martabat hasan, maka apa yang disebut di dalam hadis tersebut ialah Nabi saw hanya berdoa dan beristighfar pada malam ini, tidak disebut sebarang doa yang khusus sempena malam ini, dan doa yang dibaca oleh sebahagian manusia di sesetengah negara, dicetak dan diedarkannya adalah doa yang tidak ada asal sumbernya (daripada hadis sahih) dan ia adalah salah).

(Terdapat juga di sesetengah negara yang mereka berkumpul selepas solat Maghrib di masjid-masjid dan membaca surah Yaasin, kemudian solat dua rakaat dengan niat supaya dipanjangkan umur, dan dua rakaat lagi supaya tidak bergantung dengan manusia, kemudian membaca doa yang tidak pernah dilakukan oleh seorang pun dari kalangan salaf, dan ia adalah doa yang bercanggah dengan nas-nas yang sahih, juga bersalahan dari segi maknanya).”

(Al-Qaradhawi, Fatawa al-Muasarah (Kuwait: Dar al-Qalam, cet.5, 1990), 2/379-383)


**Lain-lain pandangan ulama muktabar seperti al-Hafiz al-`Iraqi, Imam an-Nawawi dan Imam as-Suyuti mengenai sambutan Nisfu Sya`ban boleh dibaca di pautan berikut, insyaALLAH:

Read more...

Ahad, 25 Disember 2011

08. ANALISIS HURUF

Setelah Bab Makhraj Huruf dan Sifat Huruf dibincang secara berasingan, sekarang dilihat pula Makhraj dan Sifat bagi setiap huruf secara serentak.

1. Huruf ا
· Bermakhraj Muqaddar
· Selama-lamanya tidak menerima baris
· Bersifat Rakhawah dan Infitah
· Huruf Jawfiyyah atau Hawaiyyah
· Huruf yang paling banyak fungsi antaranya :
o Huruf Mad
o Huruf Muqatta‘ah
o Alif Tathniyah
o Alif Jama’
o Hamzah Wasal
o Rumah Hamzah

2. Huruf ب
· Kedua-dua Bibir tertutup rapat ketika menyebutnya
· Bersifat Jahr, Syiddah, Istifal, Infitah dan Qalqalah
· Sama seperti Huruf ‘B’
· Huruf Syafahiyyah atau Syafawiyyah

3. Huruf ت
· Hujung Lidah disentuhkan ke Umbi Gigi Thanayah Atas
· Bersifat Syiddah, Istifal, Infitah dan Istitalah
· Hendaklah dijaga supaya tidak mengeluarkan Bunyi lebihan ketika berbaris Mati
· Sama seperti Huruf ‘T’
· Huruf Nita‘iyyah

4. Huruf ث
· Hujung Lidah disentuhkan ke Hujung Gigi Thanayah Atas
· Bersifat Rakhawah, Istifal, Infitah dan Istitalah
· Huruf Lithawiyyah

5. Huruf ج
· Tengah Lidah disentuhkan ke Langit-langit Keras
· Bersifat Syiddah, Jahr, Istifal, Infitah dan Qalqalah
· Huruf Syajariyyah

6. Huruf ح
· Tengah Halqum disempitkan
· Bersifat Rakhawah, Istifal, Infitah dan Istitalah (sama seperti Huruf ث )
· Huruf Muqatta‘ah
· Huruf Halqiyyah

7. Huruf خ
· Hujung Halqum disempitkan
· Berhati-hati supaya tidak dinaikkan ke Langit-Langit Lembut
· Bersifat Rakhawah, Isti’la, Infitah dan Istitalah
· Huruf Halqiyyah
8. Huruf د
· Sama Makhraj seperti Huruf ت
· Bersifat Syiddah, Jahr, Istifal, Infitah dan Qalqalah
· Berhati-hati supaya tidak disentuhkan Hujung Lidah ke langit-langit ketika menyebutnya seperti Huruf Dee (D)

9. Huruf ذ
· Sama Makhraj seperti Huruf ث
· Bersifat sama seperti Huruf ث kecuali Sifat Jahr

10. Huruf ر
· Hujung Lidah dirapatkan ke Gusi Gigi Atas tetapi tidak bersentuh
· Keseluruhan Lidah dirapatkan ke Langit-langit ketika Tebal
· Bersifat Jahr, Rakhawah, Isti’la, Itbaq dan Istitalah
· Bersifat Jahr, Rakhawah, Istifal, Infitah dan Istitalah ketika Nipis
· Berhati-hati supaya tidak bersifat Takrir
· Ketika Nipis ianya dikategorikan ke dalam Huruf-Huruf Far‘i
· Huruf Muqatta‘ah
· Huruf Zawalqiyyah

11. Huruf ز
· Hujung Lidah bersentuh Papan Gigi Bawah
· Bersifat Jahr, Rakhawah, Istifal, Infitah, Istitalah dan Safir
· Huruf Asaliyyah

12. Huruf س
· Makhraj sama dengan Huruf ز
· Bersifat sama seperti Huruf ز kecuali Sifat Jahr
· Huruf Muqatta‘ah

13. Huruf ش
· Huruf Tengah Lidah berpanjangan sehingga Hujung Lidah
· Hujung Lidah tidak bersentuh dengan mana-mana bahagian Mulut
· Bersifat Rakhawah, Istifal, Infitah, Istitalah dan Tafasysyi
· Huruf Syajariyyah

14. Huruf ص
· Sama Makhraj seperti Huruf س kecuali keseluruhan Lidah diangkat ke Langit-langit
· Bersifat Rakhawah, Istifal, Itbaq, Istitalah dan Safir
· Huruf Muqatta‘ah

15. Huruf ض
· Hujung Lidah bersentuh dengan Papan Gigi Atas
· Tepi Lidah bersentuh dengan Papan Gigi Geraham Atas yang setentang dengannya
· Bersifat Jahr, Syiddah, Isti’la, Itbaq dan Istitalah
· Salah satu huruf yang tidak sama disebut semasa berbaris Mati ketika di tengah dan di akhir bacaan
· Sekiranya ia berbaris Mati dan terletak di tengah kalimah, huruf selepasnya disebut sebelum suaranya tertahan menjadikannya seolah-olah bersifat Rakhawah
· Tiada gelaran diberi kepada Huruf ض
· Ada yang mengkategorinya sebagai Huruf Syajariyyah
· Ada yang mengkategorinya sebagai Huruf Janabiyyah (gelaran ini tidak disebut oleh AlKhalil)

16. Huruf ط
· Sama Makhraj seperti Huruf ت kecuali keseluruhan Lidah diangkat dan bersentuh dengan Langit-langit
· Bersifat Syiddah, Isti’la, Itbaq dan Qalqalah
· Huruf Muqatta‘ah

17. Huruf ظ
· Sama Makhraj seperti Huruf ذ kecuali keseluruhan Lidah diangkat ke Langit-langit
· Bersifat Jahr, Rakhawah, Itbaq, Isti’la dan Istitalah
· Pastikan ianya tidak mengeluarkan Sifat Safir ketika menyebutnya

18. Huruf ع
· Sama Makhraj seperti Huruf ح
· Bersifat Syiddah, Infitah, Istifal dan Istitalah
· Salah satu huruf yang tidak sama ketika berada di tengah kalimah dan di akhir bacaan semasa berbaris Mati
· Sekiranya terdapat huruf selepas ع berbaris Mati, huruf tersebut hendaklah disebut sebelum suara huruf ع tertahan seolah-olah ianya bersifat Rakhawah
· Huruf Muqatta‘ah

19. Huruf غ
· Sama Makhraf seperti Huruf خ
· Bersifat sama seperti Huruf خ kecuali Sifat Jahr
· Pastikan tidak disebut di Pangkal Lidah

20. Huruf ف
· Huruf Bibir
· Gigi Atas dirapatkan ke Perut Bibir Bawah
· Bersifat Rakhawah, Infitah, Istifal dan Istitalah (sama seperti Huruf ث dan Huruf ح )
· Sama serti Huruf ‘F’
· Huruf Syafahiyyah

21. Huruf ق
· Huruf Pangkal Lidah
· Bersifat Syiddah, Infitah, Isti’la dan Qalqalah
· Pastikan sebutannya tidak ke dalam Halqum
· Huruf Muqatta‘ah
· Huruf Zalaqiyyah

22. Huruf ك
· Huruf Pangkal Lidah dekat dengan Huruf ق
· Bersifat Syiddah, Infitah, Istifal dan Istitalah
· Sama seperti Huruf ‘K’
· Huruf Muqatta‘ah
· Huruf Zalaqiyyah

23. Huruf ل
· Sama Makhraj seperti Huruf ر
· Bersifat Jahr, Rakhawah, Istifal, Infitah dan Istitalah
· Bersifat Jahr, Rakhawah, Isti’la, Itbaq dan Istitalah ketika Tebal atau Taghlidz
· Sama seperti Huruf ‘L’
· Huruf Muqatta‘ah

24. Huruf م
· Sama Makhraj seperti Huruf ب
· Bersifat Jahr, Rakhawah, Istifal, Infitah, Ghunnah dan Istitalah
· Huruf Muqatta‘ah

25. Huruf ن
· Sama Makhraj seperti Huruf ل
· Bersifat Jahr, Rakhawah, Istifal, Infitah, Ghunnah dan Istitalah (sama seperti Huruf م )
· Berhati-hati supaya tidak disentuh Hujung Lidah dengan Gigi
· Huruf Muqatta‘ah

26. Huruf و
· Sama Makhraj seperti Huruf م kecuali Bibir tidak bersentuh
· Bersifat Jahr, Rakhawah, Istifal, Infitah dan Istitalah

27. Huruf ه
· Huruf Pangkal Halqum
· Bersifat Jahr, Rakhawah, Istifal, Infitah, Istitalah dan Khafa’
· Salah satu Huruf yang tidak sama ketika berada di tengah bacaan dan di akhir bacaan semasa berbaris Mati
· Ketika berada di akhir bacaan, Suaranya terhabis
· Sekiranya terdapat huruf selepas Huruf ه Mati, Huruf tersebut hendaklah disebut sebelum suara Huruf ه terhabis
· Huruf Muqatta‘ah
· Huruf Halqiyyah

28. Huruf ء
· Huruf Tali Suara
· Bersifat Syiddah, Istifal, Infitah dan Istitalah

29. Huruf ي
· Sama Makhraj seperti Huruf ج kecuali Tengah Lidah tidak disentuh ke Langit-langit
· Bersifat Jahr, Rakhawah, Istifal, Infitah dan Istitalah (sama seperti Huruf و )

sumber: http://allibani-gurutajweed.blogspot.com/

Read more...

Rabu, 2 November 2011

Cara Mudah Cari Muka Surat Dlm Quran
Posted on Tuesday, November 01 @ 16:25:20 PDT
Dilulus untuk paparan oleh PenjagaKubur

Artikel Oleh: papabran

"Al-Quran adalah peninggalan Rasulullah kpd kita semua umatnya. Ada 2 benda yg Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan kepada kita iaitu Al-Quran dan juga Sunnah utk kita semua amalkan.

Berapa kali kita baca Al-Quran sehari? 1 kali? 2 kali atau dalam solat sahaja? Pahala paling senang nk dapat adalah melalui pembacaan Al-Quran kerana setiap huruf diberikan 10 pahala, tambahan pula Al_Quran adalah kalam Allah (dtg daripada Allah sendiri bukan diciptakan manusia)

Tip yg nk kongsikan ni adalah cara utk menghafal muka surat setiap juzuk Al-Quran. Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran.



Jom sama2 kita belajar... Contoh 1 Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 di halaman ke berapa: 5-1 = 4, 4 perlu didarab dengan 2 jadi 4 x 2 = 8 Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzuk 5 adalah pada halaman 82 Sekarang lihat pada Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada halaman 82.

Menarikkan? Contoh 2 Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 di halaman ke berapa: 10-1 = 9, 9 perlu didarab dengan 2 jadi 9 x 2 = 18 Letakkan no 2 selepas jawapan. Jadi, juzuk 10 adalah pada halaman 182 Contoh 3 Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa: 23-1 = 22, 22 perlu didarab dengan 2 jadi 22 x 2 = 44 Letakkan no 2 selepas jawapan.

Jadi, juzu 23 adalah pada halaman 442 Subhanallah, memang menakjubkan kan kawan2. Sama2 kita kongsikan kepada kawan2 kita, adik2 kita, famili2 kita supaya kita sama2 mendapat pahala... "

Read more...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP