selamat

selamat datang

Featured Posts


Sabtu, 22 Mei 2010

AIR TANGAN ORANG YANG TAK SOLAT


8 Jamadil Akhir 1431H.
Email : Savvy Merah

Semua orang tahu bahawa kalau meninggalkan solat adalah dosa besar dan malahan lebih hina daripada khinzir. Betapa hinanya kita kalau meninggalkan solat seperti yang dikisahkan pada zaman Nabi Musa as. Begini kisahnya, pada zaman Nabi Musa, ada seorang lelaki yang sudah berumahtangga, dia tiada zuriat, lalu terdetik dalam hati dia (nazar), "kalau aku dapat anak, aku akan minum air kencing anjing hitam." Nak dijadikan cerita, Allah pun kurniakan isteri si lelaki tadi pun hamil dan melahirkan anak. Apabila dah dapat anak, lelaki ni pun runsinglah. Dia dah nazar nak kena minum air kencing anjing hitam.

Syariat pada zaman Nabi Musa berbeza dengan syariat yang turun untuk umat Nabi Muhammad. Kalau umat Nabi Muhammad, nazar benda yang haram, maka tak payah buat tapi kena denda (dam) atau sedekah. Tapi kalau zaman Nabi Musa, barangsiapa bernazar, walaupun haram tetap kena laksanakan nazar tu. Lalu, si lelaki yang baru mendapat anak, dengan susah hatinya pergilah bertemu dengan Nabi Allah Musa dan menceritakan segala yang terjadi ke atas dirinya. Lalu, Nabi Musa menjawab bahawa lelaki tu tak perlu minum air kencing anjing hitam tetapi akan minum air yang lebih hina dari air kencing anjing hitam.

Nabi Musa perintahkan lelaki tersebut untuk pergi menadah air yang jatuh dari bumbung rumah orang yang meninggalkan solat dan minum air tu. Lelaki itu pun senang hati, menjalankan apa yang diperintahkan oleh Nabi Musa tadi. Lihatlah, betapa hinanya orang yang meninggalkan solat, sampai dikatakan air yang jatuh dari bumbung rumahnya, lebih hina dari air kencing anjing hitam. Itu baru air bumbung rumah, belum air tangan lagi. Menyentuh bab air tangan, selalu kita suka makan masakan ibu; isteri kita.

Jadi, kepada muslimat sekalian, peliharalah solat kerana kalau meninggalkan solat (kalau tak uzur), air tangan akan menitik ke dalam basuhan makanan; nasi, dsb. Anak-anak, suami pula yang akan makan makanan yang dimasak. Takkan nak biarkan suami dan anak-anak gelap hati minum air tangan orang tinggalkan solat. Tak gamak ' kan ? Tapi lain pula halnya dengan kita ni. Pagi petang, mamak! Teh tarik satu, roti canai satu. Ada pulak segelintir tukang masak yang tak solat. Kita pun makan bekas air tangan dia.. Gelaplah hati kita, sebab tu liat nak buat kerja-kerja yang baik.

Beware (berhati2) apa yang kita makan. Betapa beratnya amalan solat ni hatta Allah syariatkan solat kepada Nabi Muhammad melalui Isra' Mikraj sedangkan kewajipan-kewajipan lain memadai diutus melalui Jibril as. Ketika saat Rasulullah nazak, sempat baginda berpesan kepada Saidina Ali (dan untuk umat Islam), "As-solah as Solah wa amalakat aimanukum". Maknanya, "Solat, solat jangan sekali kamu abaikan dan peliharalah orang-orang yang lemah di bawah tanggunganmu" .

Jadi, sama-samalah kita pelihara solat dari segi zahir & batinnya kerana amalan solatlah amalan yang mula-mula akan ditimbang di neraca Mizan kelak. Sahabatku, Jika hari ini aku terlalu gembira, sedarkanlah aku dgn amaran2 Allah. Jika ku bersedih tanpa kata, pujuklah aku dgn tarbiah Pencipta. Jika ku lemah sedarkanlah agar aku berubah. Dan jika esok ku lena tanpa terjaga, iringlah lenaku dgn kalungan doa.. Berjanjilah sahabatku, ukhwah kita utk selamanya.. ~

Read more...

Khamis, 20 Mei 2010

facebook

Msg berantai dari kawan-kawan(Mesej Yahoo Messenger): Mulai hari ini sehingga 21 Mei 2010, orang Yahudi membuat kempen untuk menghina agama Islam dan Rasul. Setiap kali anda LOG IN ke facebook, akan menyumbang sejumlah $5 kepada pihak Yahudi Laknatullah.

Link Kejahatan yahudi :

Adakah kita sanggup biarkan begini? http://www.facebook.com/pages/Everybody-Draw-Mohammed-Day/121369914543425

Mana pemimpin umat Islam? Mana kerajaan Islam? Anda pula..

Menurut berita ringkas Al-Jazeerah, Pakistan telah menutup facebook berikutan tanda protes terhadap satu pertandingan melukis karikatur Nabi Muhammad SAW. Sumber 19/05/2010, berita Al-Jazeerah

Facebook banned in Pakistan http://news.yahoo.com/s/ap/20100519/ap_on_hi_te/as_pakistan_facebook

http://english.aljazeera.net/news/2010/05/201051994155758717.html




Link untuk hantar bantahan :
http://www.thepetitionsite.com/1/ban-groups-related-to-everybody-draw-muhammad-day-20th-may-on-facebook/964696449/taf

Read more...

Isnin, 17 Mei 2010

GULA O GULA

KUALA TERENGGANU - Ketika pihak berkuasa memberi jaminan bekalan gula di seluruh negara mencukupi, seorang wanita di Dungun dekat sini terpaksa membawa sijil nikah untuk membeli bahan tersebut baru-baru ini.

Kejadian tersebut berlaku ke atas Siti Marsilla Sheikh Abdul Rahim (gambar) ketika hendak membeli gula peket satu kilogram di sebuah kedai runcit di Jalan Yahya Ahmad, Dungun kelmarin.






Dakwa kakitangan awam itu, sebelum itu suaminya, Faizul Hashim, 28, turut gagal membeli gula di sebuah kedai lain pada hari yang sama atas alasan bahan tersebut tidak boleh dijual kepada orang luar.

"Suami saya kata dia bekerja di sini dan tidak masuk akal untuk pulang ke negeri asal di Kelantan membeli gula," katanya yang juga berasal dari Kelantan.

Read more...

Ahad, 16 Mei 2010

Selamat Hari Guru kepada kalian guruku



16 Mei 2010



2 Jamadil Akhir 1431H.Ahmad Baei JaafarTanggal 16 Mei disambut seluruh Malaysia sebagai Hari Guru. Walaupun kita baru sahaja menyambut hari ibu, hari pekerja, hari jururawat dan juga hari belia namun hari guru perlu diberi lebih perhatian oleh semua pihak. Kenapa? Jawapannya mudah, sebab setiap seorang yang hidup di dunia ini tidak terkecuali daripada dididik oleh guru.Siapapun ada, pensyarah, peguam, hakim, perdana menteri, menteri, penghulu dan siapa juga bermula dari guru darjah satu. Dia yang mengajar membaca dan mengira sehingga kita mereka menjadi orang yang hebat. Jadi, semua orang harus mengenang jasa guru kita sama ada yang masih hidup mahupun yang sudah mati.Ketahuilah seramai-ramai guru yang ada di dunia ini, guru agama tidak boleh dilupakan kerana merekalah yang menyelamat iman manusia. Kalau guru biasa memberi ilmu mengenali alam ini tetapi guru agama menjaga manusia daripada melakukan dosa. Guru agama lebih penting dalam hidup malah dia boleh menyelamatkan di akhirat.Jadi, hormatilah guru agama seadanya. Mutiara ilmu yang disampaikan perlu disebarkan kepada orang ramai. Tetapi keburukan dan kelemahannya harus disembunyikan. Hal ini kerana yang manfaat lebih besar daripada mudaratnya. Maka yang mudarat tinggalkanlah.Kepada guru biasa anda tetap berjasa, tanpa anda saya dan orang lain tidak kenal dunia. Tidak tahu bagaimana hendak mengurus dunia. Namun guru agama melengkapkan dunia itu dengan menyempurnakan kehidupan di akhirat. Jadi kedua-dua guru itu amat diperlukan dalam satu masa.

Read more...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP