selamat

selamat datang

Featured Posts


Selasa, 7 Disember 2010

TAHUN BARU ISLAM ( AWAL MUHARRAM )

WAWZ mengucap selamat menyambut Maal Hijrah 1432 kepada semua pembaca beragama Islam. Maal Hijrah atau Hari Awal Muharram merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan dua peristiwa penting berlaku dalam sejarah Islam.

azlanPertama, memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Mekah ke Madinah pada tahun 622 masihi, dan kedua, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negara.

Hari Maal Hijrah atau Awal Muharram merupakan hari cuti umum di Malaysia dan merupakan permulaan tahun hijrah

Read more...

Sabtu, 16 Oktober 2010

BEBERAPA HUKUM BERKAITAN KEMATIAN MENURUT SUNNAH - Siri 2


07 Zulkaedah 1431 H
Oleh: Ustaz Ibrahim Mohd Raja Al-Maniri

إِذَا حَضَرْتُمُ الْمَرِيْضَ أَوِ الْمَيِّتَ فَقُوْلُوْا خَيْرًا فَإِنَّ الْمَلاَئِكَةَ يُؤَمِّنُوْنَ عَلَى مَا تَقُوْلُوْنَ

Maksudnya: Apabila kamu menghadiri (ziarah) orang sakit atau orang mati maka ucapkan ucapan yang baik kerana para malaikat mengaminkan atas apa yang kamu ucapkan.

Peluang berdoa memohon rahmat serta keampunan untuk si mati ini banyak disia-siakan oleh penziarah dan bahkan oleh keluarga si mati sendiri. Sedangkan Allah memerintahkan kita supaya berbuat demikian sepanjang masa lebih-lebih lagi dalam keadaan menghadapi kematian. Firman Allah SWT di dalam Surah Muhammad ayat 19:

فَاعْلَمْ أَنَّهُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَاسْتَغْفِرْ لِذَنبِكَ وَلِلْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ

Maksudnya: Dan mohonlah keampunan bagi dosa kamu dan dosa orang-orang beriman lelaki dan perempuan.

Malangnya mereka begitu sibuk dengan “acara-acara” yang telah di susun dan diaturacarakan oleh adat dan amalan yang tidak thabit dari sunnah Nabi Muhammad SAW. Sedangkan kalau di lihat dari keterangan-keterangan yang bersumber dari sunnah Nabi Muhammad SAW apabila terjadi kematian maka doa dari orang yang hidup amat ditekankan. Kita dapat lihat secara jelas perkara ini bermula dari:

Selepas mati (seperti hadith di atas)
Dalam solat jenazah
Di kubur selepas dikebumikan
Oleh itu setiap penziarah dan juga keluarga si mati hendaklah memberi perhatian yang besar tentang perkara ini.

Janganlah disia-siakan peluang berdoa dalam keadaan yang begitu penting ini, lebih-lebih lagi doa tersebut diaminkan oleh para malaikat. Inilah yang dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW semasa menziarahi jenazah Abu Salamah RA melalui doa yang diriwayatkan oleh Ahmad, Muslim, Abu Daud:

اللَّهُمَّ اغْفِرْ ِلأَبِيْ سَلَمَةَ وَارْفَعْ دَرَجَتَهُ فِي الْمَهْدِيِّيْنَ وَاخْلُفْهُ فِي عَقِبِهِ فِي الْغَابِرِيْنَ وَاغْفِرْ لَنَا وَلَهُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ وَافْسَحْ لَهُ فِي قَبْرِهِ وَنَوِّرْ لَهُ فِيْهِ

Maksudnya: Ya Allah berilah keampunan untuk Abu Salamah, angkatlah darjatnya di dalam golongan orang-orang yang mendapat petunjuk, kurniakanlah gantinya untuk orang yang ditinggalkannya, berilah keampunan untuk kami dan untuknya wahai Tuhan semesta alam dan lapangkanlah kubur untuknya serta penuhilah cahaya didalamnya.

Keterangan: Bagi sesiapa yang ingin berdoa dengan doa ini ketika menziarahi si mati, maka tukarkan tempat nama Abu Salamah itu dengan nama si mati. Sebagai contoh si mati bernama Muhammad:

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِمُحَمَّد وَارْفَعْ دَرَجَتَهُ……………….

Sekiranya penziarah atau keluarga si mati ingin menambah dengan doa yang lain maka boleh di pilih doa-doa yang berkisar kepada pengampunan dosa, memohon rahmat, dijauhkan azab kubur dan neraka, masuk syurga dan lain-lain.

Kemudian kita juga dapat melihat dalam suasana kematian ini ramai yang duduk di sekeliling jenazah sambil membaca Al-Quran atau surah-surah tertentu yang ditujukan bacaan tersebut untuk simati.

Persoalannya adakah bacaan tersebut sampai kepada si mati? Di sisi Imam As-Syafie tidak sampai pahala bacaan Al-Quran dari orang hidup untuk orang yang telah mati. Berkata Imam An-Nawawi di dalam kitabnya Syarah Soheh Muslim (Jilid 4 mukasurat 98 cetakan Darul Hadith, Al-Qaherah-cetakan pertama 1994):

“Dan yang masyhur di dalam mazhab kami (As-Syafie) bahawa membaca Al-Quran (untuk simati) tidak sampai pahalanya”.

Ini berbeza sekiranya Al-Quran itu di baca oleh anak si mati kerana setiap amalan kebajikan yang dikerjakan oleh anak pasti diperolehi pahalanya oleh ibu dan bapa walaupun tidak diniatkan untuk kedua-duanya.

Sampaiya pahala setiap amalan kebajikan anak kepada kepada kedua-dua ibubapanya berdasarkan kepada “anak merupakan hasil dari usaha ibubapa”. Sabda Nabi SAW tentang perkara ini di dalam hadith riwayat Ahmad, Al-Bukhari (di dalam kitabnya At-Tarikh Al-Kabir), Abu Daud, An-Nasai, Ibnu Majah:

إِنَّ أَطْيَبَ مَا أَكَلَ الرَّجُلُ مِنْ كَسْبِهِ وَإِنَّ وَلَدَهُ مِنْ كَسْبِهِ

Maksudnya: Sesungguhnya apa yang paling baik dimakan oleh seseorang ialah dari hasil usahanya dan sesungguhnya anak adalah dari hasil usahanya.

Tapi yang malangnya dalam masyarakat kita ialah anak tidak berperanan ketika dalam keadaan ini. Urusan yang penting ini di serah dan diharapkan bulat-bulat kepada orang lain.

Dimanakah silapnya. Adakah si anak malu atau tergagap-gagap atau lebih buruk lagi tidak pandai membaca Al-Quran? Oleh itu kepada sesiapa yang bergelar ibubapa janganlah di beri dunia semata-mata kepada anak-anak, berikan sama (atau lebih) agama kepada mereka kerana faedahnya adalah untuk ibubapa juga, bukan untuk orang lain.

Kesembilan: Menyediakan makanan untuk keluarga si mati oleh jiran-jiran. Ini berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW di dalam hadith riwayat As-Syafie, Ahmad, Abu Daud, At-Tirmizi, Ibnu Majah, Al-Hakim, Ad-Daruquthni, Al-Baihaqi ketika datang perkhabaran kematian Ja’far bin Abi Thalib yang syahid pada Peperangan Mu’tah:

اصْنَعُوْا ِلآلِ جَعْفَرٍ طَعَامًا فَقَدْ أَتَاهُمْ أَمْرٌ يَشْغَلُهُمْ

Maksudnya: Buatlah makanan untuk keluarga Ja’far kerana sesungguhnya telah menimpa mereka suatu perkara yang menyusahkan mereka.

Berkata Imam As-Syafie di dalam kitabnya Al-Umm (Jilid 2 mukasurat 635 cetakan Darul Wafa’, cetakan pertama 2001) mengenai perkara ini:

“Aku menyukai bagi jiran si mati atau kerabatnya membuat untuk keluarga si mati pada hari kematiannya dan sebelah malamnya makanan yang mengeyangkan mereka kerana sesungguhnya yang demikian itu adalah sunnah. Dan ia adalah satu tanda ingatan yang mulia di mana ia merupakan sebahagian dari perbuatan ahli kebaikan sebelum dan selepas kita”.

Inilah sunnah yang di ajar oleh Nabi Muhammad SAW dan juga sebagaimana yang di sebut oleh Imam As-Syafie di atas. Semestinya bagi keluarga si mati tidak menyibuk dan menyusahkan diri mereka menyediakan makan

apa lagi menjemput orang ramai ke rumah pada malam-malam tertentu kemudian menyediakan makanan untuk jemputan yang hadir. Berkata Dr. Wahbah Az-Zuhaily di dalam kitabnya Al-Fiqh Al-Islami Wa Adillatuh (Jilid 2 mukasurat 549-550 cetakan Dar Al-Fikr, cetakan kedua 1989):

“Adapun ahli keluarga si mati membuat makanan kepada orang ramai maka ia adalah makruh dan bid’ah yang tiada asal baginya (dari Nabi SAW).

Perbuatan sedemikian menambahkan lagi atas musibah mereka serta menyusahkan mereka atas kesusahan yang telah menimpa mereka dan menyerupai perbuatan ahli jahiliyyah. Sekiranya ia melibatkan harta waris yang belum baligh maka haram disediakan makanan (tersebut)”.

Kemudian Dr. Wahbah Az-Zuhaily membawa satu riwayat daripada seorang sahabat Nabi Muhammad SAW bernama Jarir bin Abdullah Al-Bajali RA dengan katanya:

كُنَّا نَرَى اْلإِجْتِمَاعَ إِلَى أَهْلِ الْمَيِّتِ وَصَنْعَةَ الطَّعَامِ مِنَ النِّيَاحَةِ

Maksudnya: Kami (sababat-sahabat Nabi Muhammad SAW) mengira bahawa berkumpul bersama keluarga si mati dan menyediakan makanan adalah termasuk dalam meratap.

Demikian juga di sebut di dalam Kitab Al-Fiqh Al-Manhaji ‘Ala Mazhab Al-Imam As-Syafie karangan Dr. Musthofa Al-Khin, Dr. Musthofa Al-Bugho dan Ali Al-Syarbaji (Juzuk 1 mukasurat 263 cetakan Darul Ulum Al-Insaniyyah, cetakan pertama 1989) dalam perkara ke 7 bid’ah jenazah:

“Keluarga si mati membuat makanan dan menghimpun orang ramai atasnya sebagaimana yang biasa dilakukan di zaman ini. Perbuatan ini adalah bid’ah yang bertentangan dan sangat menyalahi Sunnah”.

Sayugianya setiap orang yang cintakan Agama dan Sunnah Nabi Muhammad SAW menghindarkan diri dari melakukan perkara-perkara baru yang tidak pernah dilakukan oleh Nabi Muhammad SAW atau sekurang-kurangnya oleh sahabat-sahabat Baginda SAW. Ini penting untuk memastikan supaya ketulenan Islam itu tetap terpelihara dan terhindar dari tokok tambah.

Kesepuluh: Ta’ziah (menyabar dan memberi kegembiraan kepada kaum kerabat si mati). Sabda Nabi Muhammad SAW di dalam hadith riwayat Ibnu Majah, Al-Baihaqi:

مَا مِنْ مُؤْمِنٍ يُعَزِّي أَخَاهُ بِمُصِيْبَةٍ إِلاَّ كَسَاهُ الله ُسُبْحَانَهُ مِنْ حُلَلِ اْلكَرَامَةِ يَوْمَ اْلقِيَامَةِ

Maksudnya: Mana-mana dari kalangan orang beriman yang memberi ta’ziah kepada saudaranya yang di timpa musibah nescaya Allah akan memakainya dengan pakaian kemuliaan pada Hari Qiamat.

Kemudian urusan jenazah seterusnya: di mandi, di kafan, di solat, dikebumikan.

Read more...

BEBERAPA HUKUM BERKAITAN KEMATIAN MENURUT SUNNAH – Siri 1


07 Zulkaedah 1431 H

Perlu di sedari dan di fahami bahawa di dalam urusan yang melibatkan kematian terdapat hukum yang telah dijelaskan oleh Nabi Muhammad SAW untuk di ikuti dan di patuhi oleh ummat. Ini supaya ummat terhindar dari unsur dan adat jahiliyyah yang sesat dan menyeleweng dari petunjuk serta sunnah Baginda SAW.

Oleh itu menjadi kewajipan atas setiap muslim yang beriman mematuhi dan mengamalkannya apabila berhadapan dengan saat sedemikian. Di antara hukum tersebut ialah:

Pertama: Mengajar syahadah لا إله إلا الله kepada orang yang hampir mati. Ini diarahkan oleh Nabi Muhammad SAW di dalam hadith riwayat Ahmad, Muslim, Abu Daud, At-Tirmizi, An-Nasai, Ibnu Majah, Ibnu Hibban:

لَقِّنُوْا مَوْتَاكُمْ : لاَ إِلهَ إِلاَّ اللهُ

Maksudnya: Ajarkanlah orang yang hampir mati di kalangan kamu dengan لا إله إلا الله (Tiada Tuhan melainkan Allah).

Sekiranya orang yang hampir mati ini telah menyebut syahadah tersebut maka jangan diulang-ulang lagi keatasnya, kecuali jika ia bercakap dengan percakapan lain selepas itu.

Perkara Pertama ini perlu di ambil perhatian yang besar terutama oleh ahli keluarga orang yang hampir mati kerana jaminan syurga telah diberikan oleh Nabi Muhammad SAW bagi sesiapa yang mengakhiri umurnya dengan ucapan syahadah. Ahli keluarga terutamanya janganlah membiarkan walau sesaat pun kecuali hendaklah membisikkan ke telinga orang yang hampir ini dengan kalimah syahadah itu. Sabda Nabi Muhammad SAW di dalam hadith riwayat Ahmad, Abu Daud, Al-Hakim:

مَنْ كَانَ آخِرُ كَلاَمِهِ “لا إله إلا الله” دَخَلَ الْجَنَّةَ

Maksudnya: Barangsiapa yang akhir ucapannya لا إله إلا الله ia dapat masuk syurga.

Kedua: Istirja’ ( Mengucapkan إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُوْنَ ) bila menerima berita kematian. Firman Allah SWT di dalam Surah Al-Baqarah ayat 155 dan 156:

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ بِشَيْءٍ مِّنَ الْخَوفْ وَالْجُوعِ وَنَقْصٍ مِّنَ الأَمَوَالِ وَالأنفُسِ وَالثَّمَرَاتِ وَبَشِّرِ الصَّابِرِينَ . الَّذِينَ إِذَا أَصَابَتْهُم مُّصِيبَةٌ قَالُواْ إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

Maksudnya: Demi sesungguhnya Kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan merasai) kelaparan dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang yang sabar – (Iatu) orang-orang yang apabila mereka di timpa oleh sesuatu musibah (kesusahan) mereka mengucapkan: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali”.

Juga boleh memuji Allah (mengucapkan Alhamdulillah) kemudian istirja’. Ini berdasarkan hadith riwayat Ahmad, At-Tirmizi, Ibnu Hibban di mana Allah bertanya kepada Malaikat (dalam riwayat Ahmad: Malaikat Maut) yang mengambil nyawa anak kesayangan hambaNya:

مَاذَا قَالَ عَبْدِي, فَيَقُوْلُوْنَ: حَمِدَكَ وَاسْتَرْجَعَ

Maksudnya: Apa yang disebut oleh hambaKu. Maka jawab para Malaikat: Ia memujiMu dan istirja’.

Ketiga: Menutup mata si mati. Ini berdasarkan hadith riwayat Ahmad, Muslim, Al-Baihaqi dari Ummu Salamah RA yang menceritakan perbuatan Nabi Muhammad SAW pada hari kematian Abu Salamah RA, katanya:

دَخَلَ رَسُوْلُ اللهِ(ص) عَلَى أَبِي سَلَمَةَ وَقَدْ شَقَّ بَصَرُهُ فَأَغْمَضَهُ ثُمَّ قَالَ: إِنَّ الرُّوْحَ إِذَا قُبِضَ تَبِعَهُ الْبَصَرُ

Maksudnya: Rasulullah SAW masuk ke atas Abu Salamah dalam keadaan matanya terbuka lalu Nabi SAW menutupnya kemudian bersabda: Sesungguhnya roh apabila di cabut ia di ikuti oleh pandangan mata.

Keempat: Menutup seluruh jasad si mati dengan kain. Ini berdasarkan perkhabaran Aisyah RA sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ahmad, Al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, Al-Baihaqi:

سُِجِّيَ رَسُوْلُ اللهِ (ص) حِيْنَ مَاتَ بِثَوْبِ حِبَرَةٍ

Maksudnya: Di tutup (mayat) Rasulullah SAW ketika wafat dengan sehelai kain buatan Yaman.

Kelima: Wajib atas keluarga si mati sabar dan redha. Ini kerana kematian orang yang disayangi merupa satu musibah yang termasuk di dalam ujian Allah kepada hamba-hambaNya. Firman Allah di dalam Surah Al-Anbiya’ ayat 35:

كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ وَنَبْلُوكُم بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ

Maksudnya: Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasai mati. Dan Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan, dan kepada Kamilah kamu semua akan dikembalikan.

Juga lihat Surah Al-Baqarah ayat 155 di atas.

Keenam: Diharamkan atas keluarga si mati meratap (menangis dengan suara yang kuat/meraung, mengoyak baju, menampar pipi, memukul badan, menarik rambut). Tegahan ini berdasarkan sabda Nabi Muhammad SAW di dalam hadith riwayat Ahmad, Muslim, Al-Baihaqi:

اثْنَتَانِ فِي النَّاسِ هُمَا بِهِمْ كُفْرٌ: الطَّعْنُ فِي النَّسَبِ وَالنِّيَاحَةُ عَلَى الْمَيِّتِ

Maksudnya: Dua perkara pada manusia yang kedua-duanya adalah dari perbuatan orang kafir: mencela keturunan (seseorang) dan meratap atas mayat.

Keterangan: Dibolehkan menangis/mengalirkan air mata tanpa mengeluarkan suara sebagai tanda sedih atas kematian orang yang disayangi. Nabi Muhammad SAW sendiri mengalirkan air mata pada hari kematian anaknya Ibrahim sebagaimana di dalam hadith riwayat Al-Bukhari, Muslim dan lain-lain.

Ketujuh: Segera menyelesaikan hutang si mati dari harta yang ditinggalkan. Perkara ini begitu penting untuk disegerakan kerana mana-mana orang beriman yang mati dengan meninggalkan hutang maka rohnya akan terhalang dari mendapat nikmat. Sabda Nabi Muhammad SAW di dalam hadith riwayat Ahmad, At-Tirmizi, Ibnu Majah, Al-Hakim:

نَفْسُ الْمُؤْمِنِ مُعَلَّقَةٌ بِدَيْنِهِ حَتَّى يُقْضَى عَنْهُ

Maksudnya: Roh orang beriman tergantung (terhalang dari mendapat nikmat) kerana hutangnya sehingga ditunaikan keatasnya.

Keterangan: Perlu disedari bahawa harta yang ditinggalkan oleh si mati selepas kematiannya terikat dengan urutan di bawah ini dari segi penggunaannya, bukan terus difaraidhkan sebagaimana yang difahami oleh masyarakat kita. Urutannya adalah seperti berikut ini:

Digunakan untuk membayar kos pengkebumian

Membayar hutang
Menunaikan wasiat (sekiranya si mati ada berwasiat)
Difaraidhkan kepada ahli waris.

Read more...

Sabtu, 11 September 2010

SMS : Salam, Maaf, dan Silaturrahim

2 Syawal 1431H.
Jarjani Usman

“Kalian tidak akan masuk surga hingga kalian beriman. Kalian tidak akan beriman sampai kalian saling mencintai. Mahukah aku tunjukkan pada kalian suatu amalan yang jika kalian melakukannya kalian akan saling mencintai? Sebarkanlah salam di antara kalian” (HR. Muslim).

Apa yang paling dinantikan muslim yang taat setelah selesai Ramadhan atau memasuki bulan Syawal ialah kembali suci. Tentunya suci dari dosa dengan Allah dan sesama manusia. Dosa dengan Allah mungkin sudah terampun setelah sebulan penuh beribadah dan berdoa memohon keampunan. Namun, dosa dengan manusia tentunya belum lekang sebelum meminta maaf. Makanya penting ber-sms (salam, maaf, dan silaturrahim).

Salam disunatkan bagi setiap muslim. Sebagaimana namanya, salam itu artinya damai atau sejahtera. Lebih afdhal tentunya kalau mengucapkan salam seperti yang dianjurkan, yaitu: “Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.” Sebab, sudah ditambah dengan doa agar mendapat rahmat dan berkah dari Allah. Jika salam ini selalu digunakan, insya Allah tali ukhuwah dengan sesama akan terikat erat.

Maaf dengan sesama manusia juga merupakan amalan yang mulia. Manusia memiliki sejumlah keterbatasan, mulai keterbatasan mengenali perilakunya apakah telah menganiaya orang lain dengan sengaja atau tidak, sampai keterbatasan mengendalikan emosi dan kata-kata. Keranana itu, sangat dianjurkan untuk meminta maaf dengan sesama insan.

Silaturrahim juga termasuk perbuatan mulia. Sebagaimana namanya, silah artinya hubungan, sedangkan ar-rahim artinya kasih sayang. Dengan demikian, kalau silaturahim dibina karena Allah, dijamin akan menciptakan kedamaian di dunia ini.

Kerana itu, hambar makna hari kemenangan Aidil Fitri sebelum membina damai dengan salam yang baik, memaafkan satu sama lain, dan bersilaturrahim. Namun, dari semua perbuatan itu, yang paling baik menurut Rasulullah ialah yang memulainya. Misalnya, memulai salam, memulai minta maaf, dan memulai silaturrahim.

Read more...

KAWASAN KEMALANGAN

Masih ramai yang balik kampung nak beraya dan pasti ramai juga yang akan balik semula lepas raya kan?ini info berguna sebagai panduan dan peringatan..

1 Km10 & 15 Jln Padang Besar-Kangar PERLIS
2 Km1,9,12,&14 Jln Kangar-Alor Setar PERLIS
3 Km1 Jln Perlis-Kangar PERLIS
4 Jln Alor Setar-Butterworth, Km 8,19,99,24,26 & 28, 31,38 & 39, 48-49,51,52-53,56 , Km69-70 KEDAH
5 Km19-20 Jln Sg Petani-Grik KEDAH
6 Km21,22 & 26 Jln Butterworth-Ipoh P PINANG
7 Km38 Jln Butterworth-Ipoh P PINANG
8 Km44 Jln Butterworth-Ipoh PERAK
9 Km4 Jln Bagan Serai-K Kurau PERAK
10 Km58 Jln Butterworth –Ipoh PERAK
11 Km91 Jln Butterworth-Ipoh PERAK
12 Km104 Jln Butterworth-Ipoh PERAK
13 Km111 Jln Butterworth-Ipoh PERAK
14 Km27 & 29 Jln Damar Laut-Taiping PERAK
15 Jln Pasir Putih-Lahat PERAK
16 Km64 Jln Ipoh-Kuala Lumpur PERAK
17 Km56 Jln Ipoh-Teluk Intan PERAK
18 Km112-118 Jln Ipoh-Kuala Lumpur PERAK
19 Km3 Teluk Intan-Klang PERAK
20 Km45 & 50 Jln Ipoh-Kuala Lumpur S’GOR
21 Km19 Jln Kuala Selangor-Kuala Lumpur S’GOR
22 Km27 Jln Kuala Selangor-Kuala Lumpur S’GOR
23 Km12 &15.1 Jln Subang-Sg Buloh S’GOR
24 Km15 Jln Seremban-Kuala Lumpur N S
25 Km4, 8 Jln Seremban Johor-Bahru N S
26 Km67, 77 & 100 Jln Seremban-J- Bahru N S
27 Km3-4 Jln Seremban-Port Dickson N S
28 Km5 Jln Seremban-Kuala Pilah N S
29 Km24 & 25 Jln Seremban-P Dickson N S
30 Km25 Jln PDickson-Melaka N S
31 Km18 Jln Seremban-K Pilah N S
32 Km43 Jln Seremban-JBahru
33 Km32 Jln Gemas-Temerloh
34 Km81 Jln Seremban Kuala Pilah N S
35 Masjid Tanah,Lubuk Cina (IKBN) MELAKA
36 Masjid Tanah,Lubuk Cina (Kg Limau Nipis) MELAKA
37 Masjid Tanah-Sg Udang (Solok Duku) MELAKA
38 Jln Paya Lebar-Kg Sg Baru MELAKA
39 Spg Jln Pengkalan Balak-Tnjg Bidara(Jln masuk ke Al Falak) MELAKA
40 Alor Gajah-Masjid Tanah (Durian Daun) MELAKA
41 Landu-Masjid Tanah (Depan Kuil Hindu) MELAKA
42 Alor Gajah-Tampin (Bkt Mercat) MELAKA
43 Macap-Kuala Sungga MELAKA
44 Km 40 Jln Gapis-Nyalas MELAKA
45 Km44 Jln Ayer Pasir-Selandar MELAKA
46 Km47 Jln Jasin-Kamendor (Felda) MELAKA
47 Km18 Jln Gapam-Ulu Duyung ( Masjid Ulu Duyung) MELAKA
48 Km27 Jln Bemban-Serkam MELAKA
49 Km49 Jln Jasin-Asahan MELAKA
50 Km40 Jln Chabau-Chohong (Balai Polis Chabau) MELAKA
51 Km38 Jln Jasin-Chohong (Kg Kumpal) MELAKA
52 Km28 Jln Jasin-Semujuk MELAKA
53 Km 25 Jln Merlimau-Bt Gajah (Balairaya) MELAKA
54 Km212 Jln J Bahru-Melaka JOHOR
55 Km191 Jln J Bahru-Melaka JOHOR
56 Km 4,5,7 Jln Muar-J Bahru JOHOR
57 Km172 & 173 Jln J Bahru-Melaka JOHOR
58 Km132 & 136 Jln J Bahru-Melaka JOHOR
59 Km113 Jln J Bahru-Melaka JOHOR
60 Km88 & 89 Jln J Bahru-Melaka JOHOR
61 Km82, 83, 84, & 85 Jln J Bahru-Melaka JOHOR
62 Km5 Jln Pontian Kechil-Kukup JOHOR
63 Km15 & 17 Jln J Bahru-Seremban JOHOR
64 Km8 Jln J Bahru-Kuantan JOHOR
65 Km19 Jln Kota Tinggi-Kulai JOHOR
66 Km63 Jln J Bahru-Tg Pengalih JOHOR
67 Km29 & 35 Jln J Bahru-Kuantan JOHOR
68 Km31 Jln Pontian Kechil- Ayer Hitam JOHOR
69 Km 1 Jln Kluang-Kota Tinggi JOHOR
70 Km62 Jln Muar-J Bahru JOHOR
71 Km17 Jln Mersing-Batu Pahat JOHOR
72 Km12, 23, 42, 48-50, 52-55, 66, 72-73 Jln Segamat-Muar JOHOR
73 Km155 Jln J Bahru-Kuantan JOHOR
74 Km169 Jln J Bahru-Kuantan JOHOR
75 Km20 Jln Segamat-Kuantan JOHOR
76 Km6-8 Jln Temerloh-Gemas PAHANG
77 Km14 & 15 Jln Kuantan-K Lumpur PAHANG
78 Km3 Jln Kuantan-K Lumpur PAHANG
79 Km17 Jln Kuantan-K Lumpur PAHANG
80 Km144, 149, 153, 156, 162, 164 Jln Kuantan-K Lumpur PAHANG
81 Km327 Jln Johor Bahru-K Trg PAHANG
82 Kwsn Perindustrian Petronas Kerteh,Kemaman TRG
83 Km5-7 Jln K Trg-K Bharu TRG
84 Km8-13 Jln K Trg- K Bharu TRG
85 Persimpangan Jln Pasir Akar ke Bandar Jerteh TRG
86 Simpang Kg Rahmat, Setiu TRG
87 Simpang SK Permaisuri, Setiu TRG
88 Km128-130, 150-152, 154-156, 171-172, 181-183, 197-198 Jln K Bharu-K Lumpur KELANTAN
89 Km54 & 59 Jln K Bharu-K Lumpur KELANTAN
90 Km28 Jln K Bharu-K Lumpur KELANTAN

Sumber: Kementerian Kerja Raya Malaysia

Read more...

Selamat Hari Raya



Saya mengucapkan kepada semua pembaca Selamat Hari Raya Aidilfitri. Kami bercuti untuk berhari raya dan mengunjungi rakan-rakan yang beragama Islam

Read more...

Ahad, 22 Ogos 2010

Dua Al Qunut- Sheikh Abdur Rahman Al Sudais Mecca

Read more...

Doa Qunut Imam Mekah

Read more...

Sabtu, 21 Ogos 2010

Bufet Ramadan 15 hotel ternama di WP diragui halal



Kongsi 230
Hasil pemantauan 10 hari pertama Ramadan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendapati 15 hotel terkemuka di Kuala Lumpur dan Putrajaya tidak mematuhi piawaian halal dalam penyediaan bufet Ramadannya.

Ia sebahagian daripada 24 hotel dan restoren di lima negeri - termasuk Selangor, Pahang, Selangor dan Kedah - yang didapati menggunakan bahan yang diragui halal.

Menurut Ketua Pengarah Jakim Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz, bermula 1 Ramadan (11 Ogos) lalu pemeriksaan dan serbuan terhadap 34 hotel bertaraf empat dan lima bintang itu sebahagian daripada pemantauan berterusannya.

"Antara hasil penemuan ialah penggunaan bahan mentah yang berasaskan alkohol, bahan ramuan yang diragui, bahan mentah yang tiada pengesahan halal, ayam daripada sumber yang tidak jelas dan percampuran di antara bahan mentah halal dengan tidak halal di kawasan penerimaan (loading bay) dan stor penyimpanan," katanya.

Dalam satu kenyataan hari ini Wan Mohamad berkata, sebanyak 70 peratus daripada keseluruhan premis berkenaan tidak memenuhi keperluan piawaian Pensijilan Halal Malaysia manakala promosi bufet Ramadan yang ditawarkan jelas tidak menepati Perintah Perihal Dagangan (Penggunaan Perbahasaan 'Halal') 1975.

"Jakim akan terus melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan bersama KPDNKK (Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepenggunaan) kepada hotel-hotel ini pada setiap hari sepanjang Ramadhan.

"Oleh yang demikian, semua pihak hotel diingatkan agar tidak menyalahguna terma bufet Ramadan yang boleh memberi kekeliruan kepada pengguna yang mengunjungi hotel bagi berbuka puasa.

Disenaraikan di laman web

"Sebagaimana yang kita ketahui, penggunaan istilah bufet Ramadhan merupakan perbahasaan halal dan ianya boleh diambil tindakan sekiranya terdapat penyalahgunaan," katanya.

Bagaimanapun, menurut Wan Mohamad lagi kesemua premis memberikan kerjasama yang baik sepanjang proses pemantauan dijalankan.

"Pihak premis juga menyatakan minat dan kesediaan untuk memohon Sijil Pengesahan Halal Malaysia daripada Jakim dan jabatan agama Islam negeri."

Wan Mohamad juga berkata pihaknya menasihatkan pengguna Islam berhati-hati memilih makanan dan mengelakkan daripada perkara yang was-was.

Untuk maklumat lanjut berkenaan pemegang sijil halal, orang ramai bolehlah melayari laman web halal Jakim di www.halal.gov.my, tambahnya.

Sementara itu, sepanjang 10 hari Ramadani, Wan Mohamad memberitahu JAKIM menerima 16 permohonan sijil halal daripada hotel-hotel seluruh Malaysia.

"Manakala dua hotel telah diberikan sijil halal dalam tempoh 10 Ramadan ini," katanya.

Read more...

Jumaat, 20 Ogos 2010

Gambar rumah Rasulullah SAW

Bersyukurlah dengan teknologi internet kita dapat melihat sesuatu yang menarik. Gambar sisa runtuhan rumah Rasulullah SAW adalah diambil dari web Islamik luar negara.Blog Isuhangat hanya sebagai medium untuk saya berkongsi dengan anda. Wallahualam
Gambar rumah Rasulullah SAW
Gambar tapak rumah Rasulullah SAW bersama Saiditina Siti Khadijah AS, tempat mereka tinggal selama 28 tahun. Di sinilah tempat lahirnya putera dan puteri Baginda,antaranya ialah yang sulung bernama Qasim dan yang bongsu, puteri kesayangan baginda yang banyak juga mencipta sejarah dalam Islam iaitu Fatimah Az-Zahrah.

Gambar rumah Rasulullah SAW
Gambar runtuhan dilihat lebih dekat.
Gambar rumah Rasulullah SAW
Pintu masuk ke bilik Rasulullah SAW dan Saidatina Khadijah AS
Gambar rumah Rasulullah SAW
Sisa runtuhan Bilik Rasulullah Saw dan Sayyidah Khadijah as.
Gambar rumah Rasulullah SAW
Gambar runtuhan mihrab tempat Rasulullah saw bersolat.

Ruang tamu
Update:
Gambar rumah Rasulullah SAW
Gambar kedudukan rumah Nabi Muhammad SAW dari google earth yang saya ambil dari blog pakcikli00.wordpress.com

Read more...

Khamis, 19 Ogos 2010

Awas masih ada Roti Canai dan Murtabat Haram!

Perkara ini telah banyak diperkatakan di mana2 saja dan bukan lagi merupakan isu baru. Tapi yang menjadi masalahnya kita sebagai pengguna tidak pernah ambil kisah sangat tentang cara bagaimana cara pembuatannya. Asalkan ia dibuat oleh orang melayu dan islam, pasti ia boleh dimakan.

Pernah baru-baru ini ana ke pasar malam. Kerana sudah lama tak makan maurtabat, teringin juga nak makan. Lagi pun nampak sungguh larisnya gerai itu. Sambil menungu untuk membuat order, boleh dilihat gelagat pembeli dan gelagat pembuatnya. Ramai yang tertarik. Kalau ana ke gerai makanan ini, pertama yang ana lihat adalah telur yang digunakan. Jika telur yang digunakan berupa seperti di bawah:


Melihat keadaan itu, ana terus membatalkan saja niat ana nak makan makanan itu. Apakah anda masih ada keinginan untuk meneruskan pembelian anda. Adakah anda masih berselera untuk makan maurtabat yang dibuat oleh tangan yang memegang telur ayam bernajis dan kemudiannya tangan itu jugalah yang menebar martabat! Tepuk dada, tanya selera anda? Jawapan ada di fikiran anda. Makanan itu dikategorikan sebagai 'haram'. Jadi hati-hatilah apabila berurusan dengan spesis roti ini.
Wallahu'alam.
note: Murtabat ejaan yang betul. Terima kasih kepada yang menegur.

Read more...

TAWARAN HEBAT RAMADHAN


Read more...

Sabtu, 14 Ogos 2010

Perasmian Abraj Al-Bait, pencakar langit di Kota Makkah

Abraj Al Bait : Menara Jam Besar Makkah dirasmikan 1 Ramadhan 1431

Semalam sewaktu sedang bermoreh dengan Al Fadhil Ustaz Ahmad Awang selepas solat tarawikh, ustaz ada menyebut tentang perasmian Menara Jam terbesar di Makkah. Katanya perasmian telah berlangsung semalam ketika masuknya waktu Maghrib 1 Ramadhan 1431.

Pagi ini saya cuba membuat carian di internet melihat kut kut ada gambar terbaru perasmian. Ada bebarapa video yang saya jumpa di youtube, tetapi tidak pula berjumpa rakaman video acara perasmian tersebut.

Ketika menyaksikan klip di bawah ini teringat saya kepada Sabda Rasulullah S.A.W dalam sepotong hadith tentang tanda - tanda hari kiamat.

Daripada Abu Hurairah r.a. ia berkata; suatu ketika Rasulullah s.a.w. nampak di tengah-tengah orang ramai. Lalu baginda didatangi oleh seseorang yang menanyakan kepadanya: “Wahai Rasulullah s.a.w. bilakah terjadinya kiamat?” Nabi s.a.w. menjawab dengan bersabda: “Tidaklah orang yang ditanya mengenai masalah itu lebih mengetahui daripada yang bertanya. Akan tetapi aku akan memberitahukan kepadamu tentang tanda-tandanya. Iaitu, jika seorang ammah (hamba perempuan) melahirkan majikannya, itulah yang termasuk di antara tanda-tandanya. Juga apabila orang-orang yang tidak beralas kaki dan tidak berpakaian menjadi pemimpin masyarakat, maka itu juga di antara tanda-tandanya. Demikian pula apabila para pengembala domba berlumba-lumba meninggikan bangunan, maka itulah salah satu tandanya di antara tanda-tanda yang lima, yang mana tidak mengetahui yang sesungguhnya selain Allah SWT.” Kemudian baginda membacakan ayat berikut ini: “Sesungguhnya Allah, hanya pada sisi-Nya sahajalah pengetahuan tentang hari kiamat, dan Dia-lah yang menurunkan hujan, serta mengetahui apa yang ada di dalam rahim”
(Riwayat Ibn Majah)

Masyallah betapa hebatnya Rasullullah. Baginda telah tahu apa yang akan berlaku pada hari ini. Siapa yang memberitahu Rasulullah tentang perkara ini 1431 tahun yang lalu? tidak lain dan tidak bukan itulah tanda bukti kebenaran Rasul sebagai utusan Allah.

Belakang jam

Jarum jam

berubah - ubah warna lampunya


Sekadar berkongsi maklumat dengan sahabat, molek juga kita tonton beberapa klip ini. Selamat menonton!

Visual Sejarah Pembinaan

Visual perbandingan dengan menara lain di dunia


INI FAKTA YANG LEBIH MENARIK !!. MAKKAH TERLETAK DI PUSAT DUNIA DAN MENARA JAM INI AKAN MENJADI WAKTU STANDARD GREENWICH MEAN TIME (GMT)

Sumber Mymetro
MAKKAH: Umat Islam seluruh dunia boleh merujuk waktu di negara masing-masing apabila jam terbesar di dunia akan mula berdetik di menara bangunan pencakar langit di Makkah.

Menara jam yang dibina di bangunan kedua tertinggi di dunia itu akan menjadikan Makkah sebagai rujukan waktu standard dunia berbanding waktu median Greenwich.

Jam itu dijangka mampu menggantikan waktu standard Greenwich Mean Time (GMT) yang digunakan sejak 126 tahun lalu. Dalam persidangan di Doha pada 2008, ulama dan cendekiawan Islam berpendapat waktu di Makkah adalah waktu sebenar meridan dunia kerana kedudukan Makkah di tengah-tengah dunia. Waktu Greenwich dikuatkuasakan Barat pada 1884. Jam berkenaan akan mula berdetik pada 12 Ogos dalam minggu pertama Ramadan dan akan menjalani tempoh percubaan selama tiga bulan.

Menara jam Makkah mempunyai empat permukaan seluas 46 meter yang dibuat daripada jubin komposit berteknologi tinggi yang dilapik emas dan berdiri dengan ketinggian 400 meter di luar halaman Masjidil Haram.

Syarikat Premiere Composite yang ditugaskan menyiapkan binaan menara jam Makkah merangka pembinaannya dengan ketinggian 590 meter. Ketinggian itu membolehkan menara jam Makkah menjadi menara kedua tertinggi di dunia mengatasi menara Taipei 101 (509 meter) dan berada di belakang Burj Khalifa (828 meter).

Pembinaan menara jam Makkah membabitkan 250 tenaga kerja mahir umat Islam. Muka jam yang berdiameter enam kali lebih besar daripada Big Ben di London itu ditulis dengan nama Allah di atasnya dan akan diterangi dua juta cahaya LED. Menara itu turut dilengkapi 21,000 cahaya putih dan hijau yang akan berkilauan sejauh 30 kilometer sebagai pemberitahuan bagi lima waktu solat fardu. - Agensi

2 juta LED
Video rakaman masa pembinaan



Kiamat kian Hampir.. Semoga Ramadhan ini yang terbaik.

Dipetik daripada suraukini.blogspot.com

Read more...

Khamis, 12 Ogos 2010

Refleksi Ramadhan : Sikap Manusia Dalam Menyambut Ramadhan

2 Ramadhan 1431H.
Oleh : Syaikh

RENUNGAN KE-2

Sikap Manusia Dalam Menyambut Ramadhan

Dalam hal ini ada dua golongan:

Golongan Pertama, berbahagia dan merasa senang dengan kedatangannya. Hal tersebut karena beberapa faktor:

Mereka telah terbiasa melaksanakan puasa dan mereka melakukannya dengan lapang dada, oleh karenanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam menganjurkan puasa sunnah Senin & Kamis, puasa Arafah, puasa Asyura’, Ayyamul Baidh (Tgl. 13,14,15) di setiap bulan, dan sebagainya, agar umat terbiasa dan berbekal dengan ketakwaan.

Pengaruhnya sangat jelas. Kita lihat orang yang biasa melaksanakan puasa sunnah Ayyamul Baidh, dia tidak merasa berat, capek dan lelah di saat melaksanakan puasa Ramadhan. Berbeda halnya dengan orang yang tidak pernah sama sekali melaksanakan puasa sunnah.

Berikut ini, kisah nyata para Salafus Shalih akan semangatnya dalam melaksanakan nawafil (ibadah sunnah).

Diceritakan ada seorang salaf menjual hamba sahaya perempuan kepada seseorang, ketika tiba bulan Ramadhan ia (majikan baru) menyambutnya dengan aneka makanan dan minuman sebagaimana lazimnya orang, ketika hamba sahaya melihat hal tersebut ia bertanya, “Kenapa tuan lakukan seperti ini?” keluarganya menjawab, “Untuk menyambut Ramadhan.” Seketika ia berkata, “Tidakkah kalian berpuasa selain di bulan Ramadhan? Demi Allah saya datang dari suatu kaum yang hari-harinya penuh dengan puasa laksana bulan Ramadhan, saya tidak butuh kalian, kembalikan saya kepada mereka.” Akhirnya dikembalikan ke majikan yang pertama.

Diriwayatkan bahwa Al-Hasan bin Shalih seorang ahli zuhd, ahli wara’ dan orang yang bertaqwa, ia senantiasa bangun malam, dan membaginya kepada tiga, untuk dia, saudaranya dan ibunya. Ketika ibunya meninggal ia membaginya kepada dua waktu dia dan saudaranya, ia melaksanakan shalat malam di waktu ini, dan saudaranya melakukannya di waktu yang berbeda. Ketika saudaranya meninggal maka ia melakukannya di sepanjang malam.

Diriwayatkan pula bahwa Al-Hasan bin Shalih ini memiliki seorang hamba sahaya perempuan, satu saat ia menjualnya kepada orang lain, tatkala tengah malam ia berteriak, “Hai kaum, ayo shalat malam.. ayo shalat malam..” maka bangunlah mereka sambil bertanya, “Sudahkah tiba shalat Fajar?” “Apakah kalian hanya melakukan shalat wajib saja?” jawabnya. Di pagi harinya ia kembali ke Al-Hasan bin Shalih sambil berkata, “Tuan telah menjual saya ke satu kaum yang jelek yang tak pernah shalat dan puasa kecuali yang wajib saja. Ambillah saya!”, maka tuannya mengambilnya kembali.

Mereka meyakini bahwa menahan diri dari segala kenikmatan dunia adalah salah satu faktor untuk meraih kenikmatan akhirat. Tidak makan dan minumnya orang yang berpuasa serta berhubungan suami istri sepanjang Ramadhan karena ketaatannya kepada Allah, akan menjadi sebab untuk meraih kenikmatan yang abadi di surga. Dengan keyakinan inilah mereka berbahagia dengan kedatangan bulan yang mulia ini.

Sebaliknya, mereka yang terlena dengan kenikmatan dunia yang tidak memperdulikan halal dan haramnya, itu akan menjadi faktor tidak dapatnya kenikmatan yang hakiki nanti di akhirat. Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam,


مَنْ شَرِبَ الْخَمْرَ فِي الدُّنْيَا لَمْ يَشْرَبْهَا فِي اْلآخِرَةِ إِلاَّ أَنْ يَتُوْبَ.


“Barangsiapa yang di dunianya biasa meminum khamer, dia tidak akan meminumnya kelak di akhirat, kecuali dia bertaubat.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim).

Haram bagi dia minum khamer di akhirat sekalipun masuk surga sebagai sangsi dan mempertegas akan haramnya khamer.

Di dalam hadits lain dikatakan,


مَنْ لَبِسَ الْحَرِيْرَ فِي الدُّنْيَا لَمْ يَلْبَسْهُ فِي اْلآخِرَةِ.


“Barangsiapa yang di dunianya biasa memakai baju sutera dia tidak akan memakainya kelak di akhirat.” (HR. Al-Bukhari dan Muslim).

Mereka memahami bahwa Ramadhan merupakan momentum yang tepat untuk mewujudkan ketaatannya kepada Allah, dan berpacu dalam kebaikan, mereka juga mengetahui bahwa pahala yang Allah sediakan di bulan mulia ini lebih besar dari bulan lainnya. Maka tidak ada kebahagiaan yang mereka rasakan di saat datangnya bulan yang mulia ini, sebagaimana datangnya kekasih yang telah lama pergi, atau lebih dari itu.

Demikianlah golongan pertama dalam menyambut Ra-madhan.

Golongan kedua: Merasa berat dan tersiksa dengan kedatangan Ramadhan, seperti kedatangan tamu yang tidak ia cintai, menghitung jam, hari dan malamnya. Menunggu-nunggu berakhirnya Ramadhan dengan keluh kesah, merasa senang dengan hari-hari yang telah dilaluinya, terutama menjelang Idul Fitri, karena tak lama lagi ia akan meninggalkannya. Hal tersebut karena beberapa faktor di antaranya:

Mereka telah terbiasa dengan kenikmatan dunia dan syahwatnya, berfoya-foya dengan makanan dan minuman serta lainnya, bahkan dengan hal-hal yang dilarang, maka di saat datang bulan Ramadhan terhalanglah keinginan hawa nafsunya dan kebiasaannya.

Mereka terbiasa santai dan taqsir (menganggap sepele) dalam taat kepada Allah. Ada yang menyepelekan kewajibannya seperti shalat, maka ketika di bulan Ramadhan tidak ada yang mereka lakukan kecuali hanya sebagiannya saja, kalaupun mereka pulang pergi ke mesjid untuk melaksanakan shalat dan berpuasa bersama orang-orang lain, mereka melakukannya dengan berat dan keluh kesah.

Berkata budak milik Harun Ar-Rasyid di saat menghadapi bulan Ramadhan:

Bulan puasa memanggilku –bukan sembarang bulan–
Aku tidak berpuasa selama sebulan.
Seandainya manusia memusuhiku untuk melawan bulan.
Maka aku mengajak kaumku untuk memusuhi bulan puasa.

Pada saat Ramadhan tiba, ia kena penyakit ayan, setiap harinya ia pingsan, sampai akhirnya ia meninggal sebelum menyelesaikan bulan Ramadhan.

Demikianlah keadaannya orang-orang yang merasa sesak dan berat dengan Ramadhan, mereka akan terus dihantui dengan kenikmatan dunia yang selama ini mereka dapatkan, dan akan beriltizam (melaksanakan) dengan sebagian ibadahnya saja. Hal tersebut karena lemahnya keyakinan mereka terhadap apa yang Allah janjikan untuk orang-orang yang beriman, dan tidak adanya sambutan mereka terhadap keutamaan bulan yang mulia ini; pahala yang banyak dan juga yang lainnya. Maka tidaklah heran bila mereka tidak bergembira dengan tamu Allah yang agung ini, sebagaimana kenikmatan yang dirasakan oleh orang-orang mukmin yang benar.

Read more...

Khamis, 5 Ogos 2010

Mat Rempit Kena Buli



sumber: Youtube

Read more...

Rabu, 4 Ogos 2010

Kelantan Tetapkan Zakat Fitrah RM7 Tahun Ini

22 Syaaban 1431H.


KOTA BARU: Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) menetapkan kadar bayaran zakat fitrah tahun ini RM7, iaitu naik 10 sen berbanding tahun lalu.

Timbalan Yang Dipertua MAIK, Datuk Kamaruddin Mohd Zin berkata, keputusan itu dibuat oleh Majlis Fatwa Ulama MAIK sebelum ini selepas mengambil kira harga semasa beras yang menjadi makanan umat Islam di negeri ini.

Dengan pengumuman itu, Kelantan adalah negeri kedua selepas Pahang yang mengisytiharkan kadar bayaran zakat fitrah di seluruh negara.

Read more...

Tarikh Lihat Anak Bulan Puasa Selasa, 10 Ogos

22 syaaban 1431H.

KUALA LUMPUR: Tarikh melihat anak bulan bagi menentukan permulaan puasa bagi umat Islam di seluruh Malaysia ialah petang Selasa, 10 Ogos bersamaan 29 Syaaban 1431 Hijrah.

Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Malaysia, Majlis Raja-Raja, tempat melihat anak bulan pada malam tersebut adalah Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu (Melaka); Teluk Kemang (Negeri Sembilan); Bukit Melawati (Selangor); Pulau Angsa (Selangor); Bukit Jugra (Selangor), Pantai Pasir Panjang (Perak); Pantai Aceh (Pulau Pinang); Kampung Pulau Sayak (Kedah); Pemandangan Indah, Pulau Langkawi (Kedah); Menara Alor Setar (Kedah).

Read more...

Selasa, 3 Ogos 2010

PELAJAR TUMBUK CIKGU

Read more...

Khamis, 29 Julai 2010

Masyaallah..Baru Aku tahu rupanya ada kubur diatas kubah Masjid Nabawi itu..




"

Baru hari ini aku tahu yang ada benda diatas kubah masjid Nabawi di Madinah itu. Rasanya ramai orang yang mengunjungi dan beribadat di masjid tersebut tidak tahu ada benda ini !


SUBHANALLAH, ini adalah sebuah keajaiban yang terjadi sekitar 90 tahun yang lalu.

Diriwayatkan oleh Sheikh Al-Zubaidi:

Ada seseorang mencoba untuk menghancurkan Kubah Nabi Muhammad SAW-- kubah warna hijau di Masjid Al Nabawi (Gumbad-e-Khizra) Madinah, yang juga menjadi tanda tepat di bawahnya terdapat makam Rasulullah SAW--. Namun, ketika sang pelaku mencoba memanjat kubah tersebut untuk memulai menghancurkannya, tiba-tiba petir kilat datang menghantamnya. Pendaki yang berniat jahat tersebut pun tewas di tempat. Anehnya tidak ada seorang pun yang mampu menghilangkan tubuhnya dari atas Kubah tersebut!

Ia juga mengatakan bahwa seorang yang saleh dari Madinah mendengar suara dalam mimpinya, bahwa tidak ada yang dapat mengambil mayat dari atas kubah itu dan bahwa ia harus dikuburkan di sana sebagai peringatan dan pelajaran bagi orang-orang yang mungkin memikirkan berusaha untuk menghancurkan kubah itu di masa depan!

Akhirnya, mereka memutuskan untuk menguburkan orang itu di sana, di atas kubah dan menutupi tubuhnya dengan kotak hijau sehingga tidak akan terlihat oleh orang.

"Bila ALLAH makbulkan d0amu, maka DIA menyayangimu, bila DIA lambat makbulkan d0amu, maka DIA ingin mengujimu, bila DIA tidak makbulkan d0amu, maka DIA merancang sesuatu yang terbaik untukmu. 0leh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan...kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya" Wallahua'lam.

Read more...

Jumaat, 23 Julai 2010

KUBUR ISLAM KE KRISTIAN NI ?


بسم الله الرحمن الرحيم

Seorang Ustaz dari Malaysia telah berkunjung ke Indonesia (Sumatera) di atas jemputan salah seorang penduduk kampung disana untuk memberikan ceramah di salah sebuah Masjid. Beliau terkejut apabila melihat kawasan perkuburan di kampung berkenaan.

Beliau bertanya pada penduduk kampung berkenaan "Mengapa kubur umat Islam dan kafir disemadikan bersama?".

Jawap penduduk kampung - "Tak kan Malaikat tak tau nak bezakan mana Islam, mana kafir."







Read more...

Isnin, 19 Julai 2010

sembahyang, puasa dan tahara dalam 4 mazhab

Read more...

Sabtu, 17 Julai 2010

Si Yahudi yang jadi pujaan umat Islam



David Beckham memanglah Yahudi dan dah tak berapa popular sangat sebagai pemain bolasepak tapi fesyen rambutnya menjadi kegilaan ramai remaja Islam di seluruh dunia. Masih tak percaya Beckham sebenarnya Yahudi?
Di bawah ni ialah gambar Beckham memakai kippah iaitu ketayap kecil yang sering dipakai oleh masyarakat Yahudi Israel semasa pengebumian Datuknya. Beckham mesti bangga dengan kezaliman bangsanya ke atas GAZA. So sesiapa yang berambut ala-ala Beckham tu, sendrik mau ingat la.
Beckham Yahudi

Beckham Yahudi
Beckham Yahudi

Read more...

PENGERTIAN UJUB



Sifat ujub adalah sifat yang melanda umat Islam sekarang. Ia boleh diertikan dengan rasa kagum terhadap diri sendiri atau bahasa yang lebih mudah ialah “perasan”. Ia disebabkan kelebihan-kelebihan yang dimiliki manusia samaada kelebihan dunia seperti baju yang cantik, pandai berpidato, kejayaan ataupun kelebihan akhirat seperti solat jemaah , qiamul lail, dakwah, zikir dan sebagainya. Ujub adalah tergolong dari maksiat hati yang lebih besar dari maksiat zahir.


PERBEZAAN UJUB DAN RIYA


Riya adalah beramal kepada manusia dan mestilah semasa adanya manusia. Adapun ujub adalah perasaan yang ada dalam yang rasa kagum dan terpesona dengan diri sendiri. Ia berlaku samada depan manusia atau bersendirian. Imam ibnu Taymiyah berkata:


الرياء من باب الإشراك بالخلق والعجب من باب الإشراك بالنفس


“ Riya adalah menyengutui tuhan dengan mahkluk dan ujub adalah menyengutui tuhan dengan diri sendiri.”


Maksudnya bila seorang itu rasa kagum dengan blognya atau bacaan qurannya yang sedap maka dia telah menyengutui tuhan dengan dirinya sebab kehebatan blognya atau kesedapan bacaan Qurannya adalah daripada tuhan. Kenapa dia kagum dirinya dan dalam masa mengetahui ia dari tuhan. Sepatutnya dia hanya kagum kepada tuhannya sahaja.


UJUB DENGAN BANYAKNYA PENGIKUT DAN AHLI


Firman Allah swt:


لَقَدْ نَصَرَكُمُ اللّهُ فِي مَوَاطِنَ كَثِيرَةٍ وَيَوْمَ حُنَيْنٍ إِذْ أَعْجَبَتْكُمْ كَثْرَتُكُمْ فَلَمْ تُغْنِ عَنكُمْ شَيْئاً وَضَاقَتْ عَلَيْكُمُ الأَرْضُ بِمَا رَحُبَتْ ثُمَّ وَلَّيْتُم مُّدْبِرِينَ


"Sesungguhnya Allah telah menolong kamu (hai para mu'minin) di medan peperangan yang banyak, dan (ingatlah) peperangan Hunain, yaitu diwaktu kamu menjadi UJUB (kagum) dengan banyaknya jumlah (mu), maka jumlah yang banyak itu tidak memberi manfa'at kepadamu sedikitpun, dan bumi yang luas itu telah terasa sempit olehmu, kemudian kamu lari kebelakang dengan bercerai-berai. (25 : at-Taubah)


Disini menunjukkan ujub dengan banyaknya tentera (10,000) ketika itu menyebabkan mereka telah tewas pada pusingan pertama. Tuhan menegaskan bahawa banyaknya mereka tidak memberi makna sedikit pun pada buat mereka.


Oleh berhati2lah kepada guru yang rasa kagum dengan banyak anak muridnya, penganjur program yang kagum dengan ramai pesertanya, persatuan yang kagum dengan banyak ahlinya, bloger yang ramai yg banyak follower bahwa banyak tidak memberi makna , malahan mendatangkan kemurkaan tuhan seperti dalam tajuk seterusnya.


MORAL:

KITA TEWAS DAN GAGAL BUKAN KERANA SEDIKIT AHLI TETAPI KERANA PENYAKIT HATI YANG MASIH MELANDA TERUTAMA SIFAT UJUB.


KEMURKAAN TUHAN KEPADA YANG KAGUM DENGAN DIRINYA


Nabi saw bersabda:


بينما رجل يمشي في حلة تعجبه نفسه مرجل جمته إذ خسف الله به فمو يتجلجل في الأرض إلى يوم القيامة


“ Apabila seorang lelaki sedang berjalan dengan memakai baju dan rambut yang disikat meneybabkan dia rasa kagum dengan pakain dan dandanan rambutnya (perasan lawa). Lalu Allah menenggelamkan dia ke dalam muka bumi dan dia terus ditenggelamkan sampai hari kiamat.”


Hadis sahih riwayat Bukhari (5789) dan Muslim ( 2088).


Kita digalakkan untuk memakai cantik tetapi dilarang untuk merasa kagum dengan diri kita tetapi kita hendaklah melihat Allah yang memberinya nikmat. Lihat betapa murkanya tuhan dengan manusia sebagini sehingga Allah menenggelamkan dia sehingga hari kiamat.


Ingatlah wahai manusia yang kagum dengan dirinya disebabkan:-

- rupa paras yang cantik.

- Bilik yang cantik.

- Petah berpidato dan berhujjah

- Kenderaan yang mahal

- baju yg branded

- rumah yang cantik

- masakan yang sedap

- blog yang menarik

- skill dalam permainan

- result exam yg bagus

Dengan Azab Allah yang akan berikan didunia dan akhirat. Ingatlah ianya dari tuhan, oleh itu kagumlah hanya kepada tuhan bukan diri sendiri.


UJUB PEROSAK AMALAN


Nabi saw bersabda:


ثلاث مهلكات شح مطاع وهوى متبع وإعجاب المرء بنفسه


“ Tiga perkara yang merosakkan: Sikap kedekut yang ditaati, hawa nafsu yang diikuti dan rasa kagum dengan diri sendiri.”

Hadis riwayat Bazzar (80) dengan sanad yang hasan.


Imam Nawawi berkata:

“Ketahuilah bahawa keikhlasan akan terdedah dengan penyakit ujub. Sesiapa kagum dengan amalannya akan terbatal amalannya.”


Oleh itu orang yang beramal tidak kira apa amalan tersebut hendaklah menjauhi rasa kagum dengan amalannya seperti mana orang yang qiamullail pada malam hari rasa bahawa dia orang yang baik atau soleh. Berkata Nabi Isa alaihis salam:


يا معشر الحواريين كم من سراج قد أطفأه الريح وكم من عابد قد أفسده العجب


“ Wahai para penolong-penolongku, berapa banyak pelita yang dipadam apinya oleh angin dan berapa ramai orang yang beribadat dirosakkan amalannya oleh sifat ujub.”


Muthrif rahimahullah telah berkata:


لأن أبيت نائما وأصبح نادما أحب إلي من أن أبيت قائما وأصبح معجبا


“ Kalau aku tidur tanpa tahajud dan bangun dalam keadaan menyesal lebih baik dari aku bertahajud tetapi berasa kagum dengan amalan tahajud tadi.”


Ibadah yang sebenar akan menyebabkan hati seorang itu semakin tunduk dan hina dengan tuhannya. Namun ibadah yang menghasilakan rasa kagum dan bangga itu adalah ditolak dan hasil dari tipu daya syaitan. Lihat apa yang berlaku kepada seorang sahabat Nabi Abu Ubaidah al-Jarrah yang menjadi imam. Setelah selesai beliau berkata:


“Syaitan sentiasa menghasut aku supaya merasa aku ini lebih dari orang di belakang ku (bila jadi imam) . Aku tidak mahu jadi imam sampai bila2.”


Hendak buat amal itu pun satu benda yg susah tetapi hendak menjaga amalan dari perosak adalah lebih susah. Orang yang berilmu rasa kagum dengan ilmunya. Orang yang memimpin rasa kagum dengan kepimpinannya. Orang yang bertahajud kagum dengan tahajudnya. Orang yang berdakwah rasa kagum dengan dakwahnya. Semua amalan tadi akan dirosakkan dengan sifat ujub itu. Hai ya Allah jaga lah hati-hati kami dari sifat ujub ini.


Kesimpulan


Ujub ini adalah penyakit yang melanda semua manusia. Manusia terdedah dengan ujub pada setiap ketika. Oleh itu hendaklah dia berusha untuk menidakkan sifat ujub tersebut. Yang lebih penting hendaklah dia belajar dari guru murabbi untuk menghilangkan sifat ujub ini. Rugilah jika amalan kita yang sedikit ini habis ditelan oleh ujub. Saya hanya menyebut sedikit sahaja tentang perihal ujub ini, banyaklah lagi tentang bahaya ujub, syptom2 ujub dan penawar ujub menurut Quran, hadis dan para ulama yang perlu dipelajari. Dr Majdi telah membahaskannya dalam kitab Hattim Sonamak dan menganggap manusia yang ujub ini menyembah dirinya. Saya berhasrat untuk mendiskusikan kitab ini pada cuti musim panas insyaAllah.


Rujukan: Hattim Sonamak oleh Dr Majdi Hilali, Minhajul Qasidin dan Sahih Bukhari.

Read more...

Blog Archive

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP