selamat

selamat datang

Featured Posts


Sabtu, 24 April 2010

Ilham Centre: Pengundi Melayu ramal BN menang


Apr 23, 10 5:31pm
Kaji selidik terbaru yang dijalankan oleh Ilham Centre mendapati pengundi Melayu berpendapat Barisan Nasional akan memenangi pilihan raya kecil Hulu Selangor, Ahad ini.

Hampir 40 peratus dari keseluruhan responden yang ditinjau meramalkan kemenangan berpihak kepada BN manakala hanya 16 peratus yang yakin PKR mampu membuat kejutan.

Namun tinjauan itu juga mendapati kebanyakkan pengundi masih belum dapat menyatakan pendirian dan menjangkakan pertembungan sengit.

BN dikatakan masih mendahului PKR di beberapa kawasan luar bandar dan pedalaman terutama di kawasan atau kampung majoriti Melayu , termasuk di Felda.

Namun begitu, pola sokongan dan trend pengundian seakan berpihak kepada Pakatan Rakyat-PKR terutama di lokaliti bandar dan di kalangan pengundi muda.

Prestasi cemerlang pentadbiran kerajaan negeri Selangor di bawah Pakatan Rakyat dilihat juga memberi kesan kepada keputusan pengundi pada Ahad ini.

Bancian itu juga mendapati lebih 34 peratus pengundi Melayu menganggap dasar kebajikan baru yang diperkenalkan dan diberikan oleh kerajaan Selangor amat penting bagi mereka serta sangat wajar diteruskan.

Antrara program itu termasuk projek Usia Emas, Tawas, pemberian air percuma.

Calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim, bagaimanapun dikatakan masih mempunyai peluang untuk menang tetapi berdepan dengan laluan yang sukar kerana diserang secara peribadi.

Namun begitu, lebih 50 peratus daripada responden tidak bersetuju dengan kempen yang berbentuk serangan peribadi dan bersifat provokatif pada pilihan raya kali ini.

Mereka menganggap kempen BN kali ini dianggap terdesak.

Sebanyak 36 peratus pengundi Melayu itu juga tidak bersetuju dan berpandangan bahawa penggunaan agensi-agensi kerajaan persekutuan dan negeri dalam pilihan raya adalah tidak wajar manakala 29.5 peratus yang bersetuju.

Selain itu, menurut bancian itu, kemenangan Zaid sangat bergantung kepada keupayaan dan keberkesanan jentera parti PKR sendiri.

Sokongan kepada BN dilihat ketara di kawasan luar bandar terutama Felda dan kampung Melayu adalah disebabkan oleh keupayaan jentera BN beroperasi serta bergerak kerja.

Read more...

KAJIAN PRK ULU SELANGOR 2

Hari Yang Panjang, Hari Yang Pendek...
Hari ni 1 hari dok meronda. Sokongan dari kaum Cina 50/50... Sokongan
dari kaum India 50/50... Sokongan dari kaum India 50/50... Sokongan
dari Orang Asli 80/20... Maklumat dari UMNgOk/Beer eNd 50% boleh
menang, 50% boleh kalah...

Maklumat dari Pakatan Rakyat 50% boleh menang, 50% boleh kalah. 2-2
team bingung... Pengundi Parlimen Hulu Selangor cukup bijak.
UMNgOK/Beer eNd dia kutuk, Pakatan Rakyat pun dia kutuk. Itu tandanya
rakyat dah makin cerdik. Tak boleh terima bulat-bulat.

Peratusan pelayar internet di Hulu Selangor tak sampai 30%, Blog,
Portal dan Website bukan penyampai maklumat yang bagus dekat sini.

Survey... Media Perdana... Dalam 1-1 kawasan/kampung, tak sampai 30
naskah Surat Khabar mampu dijual. Akhbar bukan media yang bagus untuk
menyampai maklumat sebab orang Hulu Selangor tak berapa minat membaca.

Survey... Berita Nasional... Kebanyakan rumah penduduk ada Astro...
Bila dah ada Astro, jarang tengok berita... Layan Filem Hindi lagi
bagus dari tengok berita kata penduduk... Media Berita Nasional pun
bukan media yang bagus sebagai penyampai maklumat.

3 Media penting yang ada semuanya gagal untuk jadi penyampai maklumat.
Masyarakat Hulu Selangor sudah bertransformasi.

Survey... Rata-rata penduduk Hulu Selangor tak peduli langsung latar
belakang dan peribadi 2-2 calon. Kami tak heran cerita dalam kain
calon... Kami cuma nak tau apa yang calon mampu buat untuk kehidupan
kami.

Pembangunan bukan umpan pancing yang baik untuk memancing undi disini.

Penduduk cuma mahu tahu apa UMNgOk/Beer eNd mampu buat untuk
kepentingan penduduk. Kalau betul mampu, apa kemampuan..? Berapa lama
masa..? Apa kebaikan..?

Penduduk tahu Pakatan Rakyat pun mampu dan dah buktikan walaupun tak
banyak sebab baru tak sampai 3 tahun... Tapi apa jaminan..?

Beri keyakinan pada penduduk dan upahnya ialah 1 undi dari setiap
pengundi... Beri janji dan upahnya ialah 1 janji yang kita pun tak tau
akan ditepati atau tidak.

Tamat bab 1...

Bab 2...

Tok Guru mula berkempen untuk Dato' Zaid... Sokongan pengundi dari
kaum Cina di Assam Kumbang dan Pekan Rasa nampak 'solid'...

Sokongan dari kaum Asal pun nampak solid.

Esok ada 1 hari lagi untuk menjengok dan berkempen di kawasan pengundi Melayu.

SUMBER: BLOG PERISIK RAKYAT--
Sent from my mobile device

Read more...

Jumaat, 23 April 2010

KAJIAN PRK ULU SELANGOR

Panitia Zentrum Indeks KAJIAN MIKRO 'PERSEPSI' KEPERCAYAAN POLITIK PRK P094 HUSEL - Data 23/4: [BN 48.3%] dan [PR 51.7%]


ini adalah hasil kajian DR Hassan Hayastani presiden ZENTRUM FUTURE STUDIES MALAYSIA(alah biasa tengok kat awani) setakat jam 11.00 23/4/2010...


[BN 48.3%] dan [PR 51.7%]
DEMOGRAFI KAUM:
Melayu BN 61% PR 39%
Cina BN 22% PR 78%... Lihat seterusnya..
India BN 54% PR 46%

DEMOGRAFI GENDER:
Lelaki BN 42% PR 58%
Wanita BN 69% PR 31%

DEMOGRAFI UMURr:
21-30 BN 43% PR 57%
31-40 BN 42% PR 58%
41-50 BN 59% PR 41%
60 +atas BN 72% PR 28%

DEMOGRAFI LISTRA DAERAH:
Batang Kali
BN 53 PR 43

Hulu Yam
BN 60 PR 40

Serendah
BN 53 PR 47

Sungai Tinggi
BN 49 PR 51

Hulu Bernam
BN 53 PR 47

Kuala Kalumpang
BN 49 PR 51

Kalumpang
BN 44 PR 56

Sungai Gamut
BN 53 PR 47

Kerling
BN 36 PR 64

Ampang Pecah
BN 33 PR 67

Peretak
BN 54 PR 46

Buluh Telor
BN 56 PR 41

Rasa
BN 29 PR 72

Read more...

Tok Kenali


8 Jamadil Awal 1431H.
Naim Qlate

Tok Kenali atau nama sebenarnya, Muhamad Yusof bin Ahmad Al-Kenali dilahirkan pada tahun 1868 di Kubang Kerian, Kota Bahru. Bapanya meninggal dunia ketika Tok Kenali berusia 5 tahun. Beliau mula belajar membaca dan menulis Al-Quran daripada Tok Lih, datuk kandungnya. Pada usia 10 tahun, Tok Kenali berpindah ke Kota Bahru dan mempelajari bahasa Arab daripada seorang guru yang bernama Ismail. Di antara guru-guru Tok Kenali adalah Ahmad bin Mohd Zain bin Mustaffa al-Fatani dan Syeikh Daud Abdullah Fatani.

Tok Kenali mengahwini Mek Nik Haji Salleh Janggut ketika berumur 16 tahun tetapi perkahwinan tersebut hanya bertahan selama setahun. Beliau kemudian mengahwini Hajah Rokiah Haji Mahmud dan telah dikurniakan 4 orang anak, iaitu Hj. Ahmad, Hj. Mohd. Salleh, Haji Mahmud dan Haji Abdullah Zawawi. Pada usia 18 tahun, beliau telah pergi ke Mekah untuk menunaikan haji dan menyambung pengajiannya dalam ajaran Islam dan hanya kembali ke tanah air pada tahun 1908 setelah mencecah usia 40 tahun. Pada mulanya beliau hanya mengajar di rumahnya dan kemudian ke rumah-rumah lain di Kampung Paya, Kelantan.

Beliau juga turut mengajar di Masjid Al-Muhammadi, Kota Bahru. Di antara pelajar-pelajarnya adalah Yaakob Legur, Haji Ali Salehuddin, Haji Othman Jalaluddin Sering, Abdullah Tahir dan Mohammad Undang. Sepanjang kariernya, beliau memegang beberapa jawatan penting seperti Ahli Majlis Ulama Kelantan, Ahli Majlis Agama Islam, Ahli Adat Istiadat Melayu Kelantan, Ketua Pengajian Islam di Kelantan, Ketua Pengarang Majalah Pengasuh serta pengasas Jam’ayatul Al’ Asriyah di Kota Bahru. Karya-karya kesusasteraan Tok Kenali termasuk Kadi Yang Pintar, Helah Yang Baik, Pengetahuan Manusia Terbatas, Kuasailah Pengetahuan Agama dan Politik, Bertanya Yang Tahu, Ilmu Itu Apa Yang Terguris Dalam Hati, Ilmu Yang Tidak Diamalkan, Hanya Untuk Menyedapkan dan Awang Hidup Melintang. Tok Kenali meninggal dunia pada 19 November 1933 pada usia 65 tahun.

Read more...

Sejarah Tempat di Kelantan Darul Naim


8 Jamadil Awal 1431H.
Naim Qlate

Bachok ialah sebuah pekan yang terletak kira-kira 35 km di tenggara Kota Bharu. Tempat ini lebih dikenali sebagai perkampungan nelayan dengan pantainya yang menarik diantaranya yang terkenal ialah Pantai Irama, Pantai Kandis, Pantai Kemayang, Pantai Melawi dan Pantai Pengkalan Pateh.

Pada masa dahulu sejumlah orang Siam telah datang ke Bachok dan menetap di situ sebagai nelayan. Di antara kampung orang Siam yang terkenal di Bachok ialah Kampung Aril.

Nama Bachok dikatakan berasal dari dua perkataan Siam iaitu Ban dan Choh. Ban bererti kampung dan Choh pula bermakna jala/jaring untuk menangkap ikan. Orang Siam memanggil tempat itu Ban Choh kerana mata pencarian penduduknya tertumpu kepada menangkap ikan. Sebutan Ban Choh akhirnya bertukar menjadi Bachok mengikut loghat Kelantan.

Secara umumnya, Gua Musang bermaksud "gua atau tempat musang". Ia sebuah pekan kecil yang diselusuri oleh jalan keretapi. Terletak kira-kira 160 km di Ulu Kelantan di selatan Kuala Krai. Di bahagian timur pekan ini, ada sebuah bukit yang dikenali sebagai Bukit Gua Musang setinggi 105 meter. Pada masa dahulu sebelum diterokai, kawasan ini dihuni oleh masyarakat orang asli yang hidup dengan memburu, suka berpindah-randah dan tidak bergaul dengan masyarakat lain.

Kejadian bermula apabila sekumpulan orang asli ini keluar berburu namun tidak mendapat hasil tangakapan. Mereka menanti seketika sehinggalah ternampak seekor ayam hutan yang berlari dengan pantas. Rupa-rupanya ayam hutan itu dikejar oleh musang dan mereka pun mengekori ayam itu. Namun nasib tidak menyebelahi mereka apabila ayam tersebut hilang di dalam hutan tebal itu. Tidak lama selepas itu, mereka sekali lagi terserempak dengan seekor musang sedang mengejar ayam hutan tidak jauh dari tempat kejadian yang pertama tadi. Kali ini juga mereka tidak sempat menyumpit ayam hutan itu. Kedua-dua kejadian ini menghairankan mereka kerana sebelum ini kejadian seumpama itu tidak pernah berlaku. Biasanya mereka dapat menyumpit binatang yang diburu, akan tetapi pada hari itu mereka terpaksa pulang dengan tangan kosong.

Pada hari berikutnya apabila mereka keluar berburu, kejadian yang sama juga berlaku di mana mereka ternampak musang sedang mengejar ayam hutan di tempat yang sama ditepi sebuah gua. Mereka cuba menyumpit ayam hutan itu tetapi gagal dan kejadian ini menambahkan lagi kehairanan mereka. Keesokkan harinya mereka keluar meramai-ramai untuk mengesan tempat hilangnya ayam-ayam hutan yang dikejar oleh musang sejak beberapa hari lalu. Mereka menjumpai satu lubang yang menyerupai seekor musang sedang mengejar seekor ayam.

Setelah melihat bentuk gua tersebut mereka berasa takut dan terus meninggalkan tempat itu. Mereka menamakan tempat itu Gua Musang. Sekarang gua tersebut menjadi daya tarikan pelancong kerana di dalam gua itu terdapat batu dengan pelbagai bentuk. Ada bentuk yang menyerupai ular, kepala gajah, gendang, telaga air terjun dan buah belimbing.

Kota Bharu ialah ibu kota negeri Kelantan telah dibuka secara rasminya oleh Sultan Muhammad II (Sultan Senik Mulut Merah) pada tahun 1844. Namun kawasan penempatan di situ dipercayai telah diterokai lama sebelum itu. Apabila Sultan Muhammad I (Long Muhammad bin Long Yunus) mangkat pada tahun 1837, Long Zainal (adinda kepada Sultan Muhammad I) dengan sokongan sejumlah kerabat Diraja mengisytiharkan dirinya sebagai Yang DiPertuan Kelantan. Manakala Long Senik Mulut Merah (anak saudara kepada Almarhum Sultan Muhammad I dan Long Zainal) yang dipersetujui bakal pengganti oleh Almarhum Sultan Muhammad I telah diketepikan.

Kota Bharu terletak tidak jauh dari Sungai Kelantan. Perkataan "Kota" bermaksud sesebuah Bandar dan "Kota Bharu" adalah sebuah bandar yang baru. Kota Bharu terletak di Tebing sebelah Timur Sungai Kelantan dan agak jauh dengan landasan keretapi yang terletak di Tebing sebelah Barat Sungai Kelantan.Bandar ini adalah pusat komersil dan ekonomi serta juga Bandar Diraja Kelantan.

Machang terletak 43.5 kilometer di selatan Kota Bharu. Sejarahnya bermula sebelum banjir besar pada tahun 1926, apabila negeri Kelantan dilanda suatu ribut yang dahsyat dan banjir besar. Ribut itu telah merosakkan hampir semua perkampungan di negeri Kelantan. Malapetaka tersebut telah memusnahkan semua tanaman penduduk kampung dan penduduk negeri Kelantan hidup dalam kesusahan. Ini menyebabkan kebanyakkan anak-anak muda terpaksa berhijrah ketempat lain bagi mencari tempat baru yang lebih selamat untuk memulakan kehidupan baru.

Antara anak muda yang keluar merantau itu adalah Senik Awang Kechik. Beliau merantau dari satu tempat ke satu tempat dan akhirnya bertemu satu tempat yang subur untuk bercucuk tanam. Kian hari kian bertambah rezeki Senik dan berita kemewahannya telah tersebar ke kampung yang berdekatan. Tempat Senik telah menjadi sebuah kampung dan ia dinamakan sempena nama buah machang atau Mangifera Foetida yang tumbuh di kampung tersebut.

Mengikut sejarah kewujudan Pasir Mas, sebuah penempatan telah dibuka oleh Che Leh (Salleh) Ismail atau lebih dikenali sebagai Che Leh Tok Pendekar. Beliau telah dipaksa ke Pasir Mas setelah tanahnya di Kota Bharu diambil alih oleh Sultan bagi tujuan membina istana. Pada masa itu, terdapat seorang guru agama dari Bachok, datang untuk mengajar kelas agama di Pasir Mas.

Guru agama itu kemudiannya pulang semula ke Bachok setelah selesai mengajar tetapi selang beberapa hari setelah kepulangan guru itu, secara tiba-tiba muncul 3 biji mangkuk emas dari dalam semak. Mangkuk ini kemudiannya berpusing membentuk pusar di sekitar semak dan secara tidak langsung, penduduk yang melihat kejadian itu menjerit ‘Mas! Mas!’. Perkataan pasir terbit kerana berdekatan penempatan yang terletak di tebing sungai Kelantan, terdapat beberapa longgokkan pasir sehingga membentuk padang yang luas. Pasir Mas adalah cantuman dari perkataan Pasir dan Mas.

Bandar Pasir Puteh terletak di tebing Sungai Semerak, kira-kira 30 kilometer ke selatan Kota Bharu. Sebelum dikenali sebagai Pasir Puteh, tempat ini terkenal sebagai Pangkalan Limbungan. Bandar Pasir Puteh mendapat namanya setelah Sultan Muhammad IV melawat tempat berkenaan di mana baginda begitu kagum dengan keputihan dan kilauan pasir sepanjang pantainya. Pada tahun 1911, Sultan telah bersetuju menamakan tempat berkenaan Pasir Puteh yang bererti pasir pantai yang putih. Tempat ini juga merupakan tempat dimana, pahlawan Kelantan iaitu Tok Janggut membina pasukan kepahlawanan Melayu bagi menentang kewujudan cukai di Kelantan. Pada tahun sebelum 1911, Jeram dekat Pasir Puteh diperintah oleh seorang pembesar yang bergelar Seri Maharaja Tua.

Tumpat terletak 22.5 kilometer di barat laut Kota Bharu. Tumpat bermaksud tammat atau penyudah sesuatu tetapi bagi perkataan Melayu, tumpat juga bermakna suatu ruang kosong yang penuh terisi. Mengikut cerita orang-orang lama/tua, Tumpat telah terbina sejak 190 tahun yang lalu. Barang keperluan terpaksa dibawa dari Kota Bharu tanpa jalan perhubungan yang sempurna dan apa-apa jua keperluan yang ingin dibawa keluar terpaksa menggunakan sampan. Pelabuhan ini semakin sibuk apabila pada awal kurun pemerintahan British membawa beberapa pembaharuan yang membolehkan pengangkutan lebih besar keluar masuk.

Sebelum ini hanya pengangkutan antara 300 dan 400 tan yang mampu berlabuh tetapi setelah itu lebih banyak pengangkutan dapat singgah sebelum meneruskan perjalanan ke pelabuhan Singapura. Ketua pelabuhan yang pertama ialah William Kerr seorang pegawai Inggeris dalam Perkhidmatan Awam Siam yang ditempatkan di Kelantan sebelum tahun 1909 yang datang dari Bangkok.Potret beliau telah digantung pada dinding Kelab Tumpat. Tumpat mempunyai 5 buah pulau kecil iaitu Tanjong Dato, Tanjong Pak Jah, Tanjong Che Mas, Tanjung Che Tahir dan Tanjung Rulah yang terletak di kawasan Kuala Sungai Kelantan di sebelah barat. Setiap satunya terletak berdekatan antara satu sama lain.

Rantau Panjang terletak kira-kira 45 km di sebelah Kota Bharu dan merupakan sebuah tempat yang terkenal dan sentiasa menjadi tumpuan ramai. Rantau Panjang juga adalah salah satu pintu masuk ke Malaysia dari negeri Thai. Perkampungan ini dinamakan sempena susun atur perumahan panjang yang dibina semasa pembinaan landasan keretapi di Kelantan pada tahun 1915. Rantau Panjang membawa maksud "perjalanan pencapaian yang panjang/lama" .

Read more...

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP