Oleh: al-bahanj
"Apabila
tiba bulan Sya`ban, ramai ummat Islam khususnya di Malaysia akan
diberitahu oleh para imam dan ustadz-ustadz di masjid mengenai suatu
hari yang dipanggil malam Nisfu Sya`ban. Yang mana beberapa kaifiat
khusus biasanya diajar kepada masyarakat bagaimana menyambutnya. Mari
kita baca apa nasihat dan pandangan ulama muktabar dunia Islam iaitu
Prof Dr Yusuf al-Qaradawi mengenai sambutan Nisfu Sya`ban untuk
sama-sama kita muhasabah mengenainya:
(1) Dr. Yusuf al-Qaradawi:
“Tidak
pernah diriwayatkan daripada Nabi sallAllahu `alaihi wasallam dan para
sahabat bahawa mereka berhimpun di masjid pada untuk menghidupkan malam
nisfu Sya`ban, membaca do`a tertentu dan solat tertentu seperti yang
kita lihat pada sebahagian negeri orang Islam. Bahkan di sebahagian
negeri, orang ramai berhimpun pada malam tersebut selepas maghrib di
masjid. Mereka membaca surah Yasin dan solat dua raka`at dengan niat
panjang umur, dua rakaat yang lain pula dengan niat tidak bergantung
kepada manusia, kemudian mereka membaca do`a yang tidak pernah dipetik
dari golongan salaf (para sahabah, tabi`in dan tabi’ tabi`in). Ianya
satu do`a yang panjang, yang menyanggahi nusus (al-Quran dan Sunnah)
juga bercanggahan dan bertentang maknanya…perhimpunan (malam nisfu
Syaaban) seperti yang kita lihat dan dengar yang berlaku di sebahagian
negeri orang Islam adalah bid`ah dan diada-adakan. Sepatutnya kita
melakukan ibadat sekadar yang dinyatakan dalam nas. Segala kebaikan itu
ialah mengikut salaf, segala keburukan itu ialah bid`ah golongan selepas
mereka, dan setiap yang diadakan-adakan itu bid`ah, dan setiap yang
bid`ah itu sesat dan setiap yang sesat itu dalam neraka.”
(Dr. Yusuf al-Qaradawi, jilid 1, m.s. 382-383, cetakan: Dar Uli al-Nuha, Beirut)
(2) Dr. Yusuf al-Qaradawi:
“(Tentang
malam Nisfu Sya’ban, tidak terdapat hadis-hadis yang sampai ke martabat
sahih yang menyebut tentangnya, kecuali ia berada di martabat hasan di
sisi sebahagian ulama, dan terdapat juga sebahagian ulama yang
menolaknya dan mengatakan bahawa tidak terdapat sebarang hadis sahih
tentang malam Nisfu Sya’ban, sekiranya kita berpegang bahawa hadis
tersebut berada di martabat hasan, maka apa yang disebut di dalam hadis
tersebut ialah Nabi saw hanya berdoa dan beristighfar pada malam ini,
tidak disebut sebarang doa yang khusus sempena malam ini, dan doa yang
dibaca oleh sebahagian manusia di sesetengah negara, dicetak dan
diedarkannya adalah doa yang tidak ada asal sumbernya (daripada hadis
sahih) dan ia adalah salah).
(Terdapat juga di
sesetengah negara yang mereka berkumpul selepas solat Maghrib di
masjid-masjid dan membaca surah Yaasin, kemudian solat dua rakaat dengan
niat supaya dipanjangkan umur, dan dua rakaat lagi supaya tidak
bergantung dengan manusia, kemudian membaca doa yang tidak pernah
dilakukan oleh seorang pun dari kalangan salaf, dan ia adalah doa yang
bercanggah dengan nas-nas yang sahih, juga bersalahan dari segi
maknanya).”
(Al-Qaradhawi, Fatawa al-Muasarah (Kuwait: Dar al-Qalam, cet.5, 1990), 2/379-383)
**Lain-lain pandangan ulama muktabar seperti al-Hafiz al-`Iraqi, Imam an-Nawawi dan Imam as-Suyuti mengenai sambutan Nisfu Sya`ban boleh dibaca di pautan berikut, insyaALLAH:
0 ulasan:
Catat Ulasan