selamat

selamat datang

Featured Posts


Selasa, 23 Februari 2010

CUEPACS bimbang peningkatan wanita

Feb 22, 10 2:11pm

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) hari ini meluahkan kebimbangan berikutan penguasaan penjawat wanita dalam perkhidmatan awam yang semakin meningkat sekarang.


Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd. Zin berkata, trend masa kini menunjukkan semakin ramai wanita dilantik memegang jawatan sebagai pembuat keputusan dan situasi itu mempunyai implikasi jangka panjang dalam aspek kemajuan dan pertumbuhan negara.


Contohnya, kata beliau, hampir tiga perempat daripada jawatan baru dalam perkhidmatan pegawai tadbir dan diplomatik diisi oleh wanita.

Ahmad Shah menghujahkan bahawa perkara itu bertentangan dengan polisi kerajaan sekarang yang memperuntukkan hanya 30 peratus jawatan pembuat keputusan kepada kaum wanita.

Baru-baru ini, Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr. S. Subramaniam berkata, nisbah antara guru lelaki dan wanita adalah 30:70.

Sambil menghargai polisi kerajaan berkenaan kesamaan gender, Ahmad Shah berkata, CUEPACS mahu dasar itu dilaksana dengan berhati-hati agar tidak mengganggu keseimbangan antara penjawat lelaki dan wanita.

Beliau berkata, kedua-dua gender mempunyai kekuatan dan kelemahan yang boleh diguna untuk melengkapi antara satu sama lain.

- Bernama

0 ulasan:

  © Blogger templates The Professional Template by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP